Followers
Wednesday, May 6, 2009
Isu Bertudung
As we all know, bertudung ni wajib ke atas semua wanita beragama islam. Ianya satu tuntutan, tetapi hendaklah dilakukan dengan rela hati, tanpa paksaan. Walaupon begitu, sesetengah wanita muslim menggunakan tudung sebagai salah satu cara mengaburi mata orang ramai, untuk memperlihatkan kononnya mereka ini seorang yang baik!..jgn TERTIPU!..x semestinya semua wanita bertudung itu baik, dan tidak semestinya wanita yang tidak bertudung itu tidak baik.Semakin saya menelusuri alam dewasa, semakin banyak yang saya pelajari di atas muka bumi ini. Saya pernah berdepan dengan situasi orang bukan islam bertanyakan soalan bertubi2 mengenai pemakaian tudung..Alhamdulillah, berkat ilmu yang saya peroleh selama saya dibesarkan dari sebuah keluarga yang mengamalkan ajaran islam,saya mampu menjawab soalan2 tersebut. Namun, semakin berkembang dan maju dunia, semakin cetek pengetahuan dan kefahaman tentang islam, saya rungkaikan hanya pada isu tudung.Baru2 ini, saya sempat melihat satu video di youtube mengenai pemakain tudung, lebih menyedihkan sesetengah dr mereka beranggapan tudung hanya dipakai untuk fesyen, pemakaian tudung di atas kepala , tetapi baju terdedah di sana sini...so apa kegunaan pemakaian tudung tu? Lebih membimbangkan, ramai remaja yang terlibat dengan gejala sosial ialah remaja muslim, dan mereka BERTUDUNG!..ini sangat memalukan dan sedikit sebanyak telah mencalarkan imej wanita bertudung.Saya sering mengingatkan kepada rakan lelaki yang boleh dikatakan baik dari segi akhlaknya untuk berhati-hati memilih pasangan,jangan hanya dilihat dr luaran..bertudung litup, tetapi kebenarannya, telah ditebuk tupai..ASTAGFIRULLAH!..Saya menulis coretan pada blog ini bukan untuk menunjukkan saya baik atau tidak, saya ingin muhasabah diri sendiri dan rakan2..saya juga tidak lepas dari melakukan kesilapan,kerana saya hamba Allah yang kadangkala lalai dengan kemewahan duniawi...tetapi sedikit sebanyak, dengan coretan ini, saya tahu apabila ingin menasihatkan orang lain, kita harus memperbetulkan diri sendiri,Insya-Allah saya cuba yang terbaik, selagi mempunyai rakan2 yang baik..semuanya akan berjalan lancar. Bagi saya jika kita memakai tudung, dengan ikhlas...kita lebih dekat dengan pencipta,kerana kita tahu halal dan haram,adanya batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dan sebagainya...mudah mudahan dengan sedikit coretan ini, mampu membuka mata saya sendiri dan juga anda.Yang baik itu datang dari Allah, yang selebihnya atas kelemahan saya sendiri..inSya-Allah ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment