Followers

Wednesday, August 4, 2010

Exco Kesihatan dan Alam sekitar MPP UniSZA 09/10



Assalamualaikum warga UniSZA...salam 1 Malaysia :)

By the way, this is my personal blog..for more information what happen dalam kabinet MPP, do check on our FB and Blog for the activities and inquiry...

Alhamdulillah, dalam kesibukan mencari ilmu untuk menjadi seorang dietition dalam lingkungan masa 2 thn setengah lagi ..kucuri sedikit waktu untuk terus berada di alam maya mendengar dan meneliti apa-apa yang patut..namun aq juga insan biasa yang ada cacat celanya..

Memegang portfolio bersama-sama Nurol Husna Che Rose (kak husna), kami bertindak sebagai suara untuk mahasiswa/i dr segi kesihatan & alam sekitar khasnya dan kebajikan amnya...
Mentaliti mahasiswa tentang kesihatan di UniSZA sendiri saya kira masih ditahap yang rendah. Hal ini kerana mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh pusat kesihatan sendiri, kadar mahasiswa yang sakit setiap bulan agak tinggi mengikut fakulti masing-masing. Kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan perlu diambil cakna oleh semua mahasiswa samaada yang baru mahupun yang sudah lama berada di Universiti Sultan Zainal Abidin ataupun dahulunya dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia.

Mengapa hal ini terjadi???

1. Kurangnya pendedahan terhadap kesihatan sejak dibangku sekolah lagi
Solusi: hal ini tidak boleh dijadikan alasan yang jitu kerana seorang mahasiswa yang celik intelektualnya seharusnya tidak menonong mengikut orang lain bahkan mencari sesuatu yang boleh dimanfaatkan untuk diri sendiri dan orang ramai.

2. Sikap "bila dah teruk baru sedar"
Solusi: Sememangnya hal ini merupakan faktor biasa..mungkin disebabkan masa sebagai seorang pelajar tidak mengizinkan untuk mendapatkan rawatan ketika penyakit baru hendak menular?? adakah ini alasan seorang mahasiswa/i yang berjaya ke menara gading???. Perlu kita sedari penyakit mungkin datang bila-bila masa sahaja, dan sebelum penularan yang lebih membimbangkan dan menjejaskan pelajaran. Bila dah teruk sampai belajar pon x fokus.
3. In "diet"...we call it sedentary life..
Solusi: Belajar-belajar juga tp aktiviti harian yang lain jangan lupa. Aktiviti yang dimaksudkan disini ialah aktiviti luar kuliah. sebagai contoh bersukan dan beriadah. Walaupun tampak "simple"namun kesan boleh dirasakan bukan hanya kini bahkan 10-20 tahun lagi. "sedentary life' bermaksud kehidupan yang bersenang lenang tanpa sebarang aktiviti. Bagi MAHASISWI bersenam boleh mengurangkan lemak2 yang senang MENDEKATI kita dan susah untuk menjauhi :)).... amalkan 30 minit setiap sesi dan sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu. BTW, sertai program pada 6 Ogos 2010..berjogging di bukit besar...

4. Cara pemakanan
Solusi: Cara pemakanan merupakan salah satu punca penyakit. Di Malaysia kadar 4 serangkai makin meningkat dari hari ke hari. Obesity, Diabetes, Hypertension and stroke... Mengapa ini terjadi???? kerana cara pengambilan makanan kita tidak mengikut spesifikasi yang telah diaturkan dalam pyramid makanan. Pengambilan lemak yang terlalu banyak akan membuatkan deposition dan melemahkan organ dalaman badan dalam jangka masa panjang.

Cukup sekadar mukadimah mengenai kesihatan, kita masuk bab alam sekitar.

Sedar atau tidak...suhu bumi kini hampir mencecah 40 darjah celcius. Kepanasan yang hampir "menggigit" tulang belulang. Namun kita masih lagi berdiam tanpa suara... Dimana kita sebagai mahasiswa yang cerdik??? Adakah kita menolong bumi dari kesakitan dan keperitan yang dirasainya?? adakah kita membantu memulihkan luka2nya yang kian berdarah...on suis otak..tanya akal...

Apa yang kita boleh lakukan sebagai seorang mahasiswa/i??

1. Kitar semula barang2 yang boleh dikitar semula.
Solusi: Untuk pengetahuan mahasiswa/i UniSZA..kami cuba untuk mendapatkan tong kitar semula dari Jabatan Alam Sekitar seperti apa yang telah dilakukan oleh UMK. Namun jawapan yang diberikan amat menghampakan. Mereka tidak menyediakan tong sampah tersebut dan meminta kami untuk berunding dengan pihak mbkt. setibanya di mbkt. kami berjumpa untuk membincangkan masalah ini. Namun layanan yang kami terima amatlah mengecewakan. Pihak mereka turut memberikan alasan sejak thn 2005 mereka tidak lagi memberikan tong sampah kitar semula pada mana2 uni.pelik... pihak mana lagi yang bertanggungjawap untuk kebersihan alam sekitar??? Untuk pengetahuan mahasiswa/i, tong kitar semula berharga RM 925 lebih satu set. Jika hendak dijalankan menyeluruh seluruh kampus ia menelan belanja yang amat tinggi. kami dipihak mpp cuba yang terbaik untuk isu ini dan berharap dapat diselesaikan pada konvensyen mpp ipta nanti (doa2kan yer)

berbalik pada kitar semula, sebagai individu anda juga boleh memainkan peranan dengan menggunakan sesuatu barangan secara maksima. kertas boleh digunakan pada kedua-dua muka surat sebelum dilupuskan dan berbagai lagi.

2. penjimatan letrik dan air
Solusi: baru-baru ini kecoh isu tidak ada air di blok baru bukan??. Sebenarnya hal ini diluar bidang kuasa kami. kami hanya boleh mengusulkan pada pihak berwajib dan isu itu akan diselesaikan oleh pihak mereka. Isu ini bukan hanya melibatkan ipta kita tp melibatkan seluruh negara kini. Cara yang paling baik untuk anda lakukan ialah tutup bekalan air dan letrik sebelum keluar daripada bilik..dengan ini lebih banyak tenaga yang dihasilkan dapat dioptimumkan penggunaannya.
3. kurangkan penggunaan plastik
Solusi; untuk pengetahuan semua universiti kita agak ketinggalan dari isu ini.hal ini kerana universiti2 lain sudah pon melaksanakan no plastik on certain day..tp mampukah mahasiswa/i unisza menyahut cabaran ini?? mahu atau tidak..insyaAllah pelaksanaan akan dilakukan pada kadar yang segera. baru-baru ni meeting pihak mpp bersama pengusaha cafe mencapai kata sepakat tentang isu ini.Cuma kesedaran dari mahasiswa yang perlu kita dapatkan..
Penggunaan plastik amat merbahaya kerana seperti yang kita ketahui ia tidak dpt dilupuskan dan beracun untuk tanah.tanah menghasilkan bahan makanan yang kita makan.jika tanah sudah diracun..makanan kita juga berpotensi begitu.

Ok..cukup setakat ini kadar penulisan sana.. cuma apa yang ingin saya pesan..insyaAllah kami akan lakukan sebaik mungkin.Jika ada sebarang masalah dan penyelesaian, boleh berhubung terus dengan saya thru Fb or phone... chill ya :)))))




1 comment:

Faris Adli Jamian said...

ada ke student tak tutup air bila keluar dari bilik air kat blok baru? tak banjir ke rumah kalau biarkan air terbuka je? tapi kenapa hanya blok baru takde air je? blok lama ok pula..

mpp boleh berperanan mendesak pihak pentadbiran unisza selesaikan masalah berkaitan hal ehwal pelajar..desak diaorang sampai diaorang bertindak..

ye masalah air bukan hanya berlaku di unisza. tapi universiti lain ambil tindakan drastik bila timbul masalah air.. yes benda tu keje pihak pentadbiram..