Followers

Friday, December 23, 2011

Untuk Bunga2 yang Mekar di MAIDAM

Assalamualaikum sahabat2....

Sejak akhir2 ini saya melihat ramai adik2 perempuan saya yang tinggal di tempat tinggal kesayangan kita ni makin selesa dengan hanya berpakaian T-shirt untuk keluar. Jika dulu tidak pernah terlihat perkara sebegini kat sini. Cuma sejak akhir-akhir ini...entah mengapa..

Mungkin akak bukan insan yang terbaik untuk memberikan teguran, kerana diri sendiri pun banyak khilafnya.. tapi sebagai kakak pada adik, sebagai pemimpin pada rakan2 lain ..teguran ini ikhlas untuk semua.. juga untuk diri ini yang sentiasa sering tersilap dan leka...(^_^)

Jom sy seru sahabat2 adik2 kawan2, semasa keberadaan kita disini, di dalam suasana seperti ini.. kita pelajari untuk menjadi muslimah, biar siapa pun kita, apa pun tanggapan manusia lain pada kita, kita mampu berubah.. bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri dan mendapat keberkatan Allah..

Saling tegur menegur antara sesama muslim itu tuntutan. Tetapi tegurlah dengan cara paling berhemah agar tiada hati2 yang terguris dek kerana teguran yang diberikan.. sy juga terbuka dlm apa jua teguran dr sahabat2 lain tentang diri yang sering alpa ni k..

Lots of LOVE,
Raihanah Rozaimi
Penghuni Kolej Kediaman MAIDAM.

[ X sayang x tegur, koz syg SANGAT2 terpanggil untuk tegur ]

No comments: