Followers

Monday, December 21, 2009

HIJRAH…
Alhamdulillah, sedar x sedar Allah masih memberi kita ruang dan peluang untuk melakukan penghijarah yang julung-julung kali kita dpt..Hijrah dalam bulan ISLAm…tp ini bukanlah bermakna kita hanya perlu berhijrah tatkala hanya bila tahun baru menjengah diri kita. Kita boleh berhijrah pada bila-bila masa yang kita inginkan. Tapi relevankah hijrah hanya dibibir tanpa pelaksanaan yang jitu?? Tepuk dada Tanya selera. Penulis juga insan biasa yang kadang2 berniat untuk berhijrah tp tatkala syaitan laknatullah membisikkan kata2 dusta, goyah juga imannya. Namun bukan itu matlamat utama penulisan ini.

Cuba kita lihat.. dunia hari ini, Malaysia khasnya. Sangat2 berbangga menjadi kononnya NEGARA ISLAM CONTOH!.. tapi dimanakah perlaksanaannya.. sedangkan hukum2 asas dalam islam pon x dpt diterapkan dalam diri setiap muslimin dan muslimat dalam Negara ini. Buat yang membaca akhbar, baru2 ini seorang jururawat dari Malaysia beserta pasangannya seorang DOKTOR telah di tangkap berkhalwat di Jeddah. Tetapi pasangannya seorg doctor itu Berjaya melepaskan diri . Mereka berdepan hukuman sebat 80 kali disana. Kita hanya meletakkan islam itu pada nama. Bangga menjadi islam, tetapi perlaksanaan tiada dr diri sendiri.. Berhijrahlah…

Cuba kita sama-sama fikirkan.. kita lebih tahu hari jadi kita dalam takwim biasa..tanpa mengetahui dlm bulan2 islam..penulis juga sama, pernah beberapa kali igt BIRHTDAY pada bulan islam, tp as time goes on…minda ni dah xigt.. sudah tentu birthday pada tarikh 27 MEI 1990 tetap diingati… tp mengapa ya??... adakah kerana budaya atau pemikiran serta surrounding yang perlu disalahkan ??? atau pon kita ingin menuding jari pada ibu bapa??, cikgu2??, media masa???... sesungguhnya x perlu kita salahkan sesiapa..salahkanlah diri kita sendiri..sekarang kita dah tau apa yang seharusnya kita tahu kan? …so why don’t we ambil langkah dari sekarang tau bulan2 dalam islam atau tarikh2 penting dalam islam kan…so berhijrahlah…

Dari Aspek Mahasiswa penghijrahan bagaimana yang kita harus lakukan??... Pada hemat diri saya, sebagai seorang mahasiswa yang cemerlang, gemilang, terbilang akhlak dan sahsiah; kita harus melakukan perubahan dari segenap sudut.. bermula dari dalam bilik hingga ke dalam kampus… Mungkin dahulu kita malas untuk membersihkan persekitaran bilik kita, dan x ambil pusing dengan keadaan sekeliling, now we have to take one step at that time to improve our behaviour… kalau kita sendiri xda niat nak berubah, siapa lagi yang mampu mengubah diri kita??...berhijrahlah…

Yang ke-dua mahasiswa perlu mengubah diri supaya peka dengan ketepatan masa. Bagi Penulis masa amat berharga,masa mencerminkan diri kita. Al-kisahnya seorang pengurus besar sebuah syarikat tempatan telah ditukarkan ke salah sebuah syarikat yang agak mundur di ibu Negara menjadi seorang CEO disyarikat itu. Penukaran tersebut ialah diatas kecemerlangangannya membangunkan syarikat terdahulu. So, Apa yang CEO baru ni buat untuk syarikat yang diterajui nya kini??.. Dia dapat melihat kenapa syarikat ini tidak produktif dan tidak membangun, ini semua kerana ketidaktepatan masa pekerja2 tersebut. So apa yang CEO ni lakukankan?? Dia tidak bersuara untuk org lain berubah… sebaliknya dia mendisiplinkan dirinya sendiri. Datang pejabat tepat pada waktunya, memulakan mesyuarat tepat pada waktunya, tidak kurang seminit atau lebih seminit tanpa mempedulikan kehadiran pekerja yang seharusnya menghadiri mesyuarat tersebut. Kini syarikat tersebut telah menjadi sebuah syarikat yang Gah di Negara kita. Jelas disini masa amat significant untuk merubah kea rah kebaikan… maka berhijarahlah…


Seterusnya saya suka menekankan hal ini kerana hal in pada saya amat penting dalam kehidupan iaitu hablum minAllah, hablumminannas…hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Hal ini kerana tiap kali melakukan sesuatu atau ingin melakukan sesuatu Hamba Allah ini sering diperingatkan oleh kedua orang tuanya sentiasa berbuat baik kepada manusia sekeliling. Kerana keberkatan ilmu terletak kepada kedua orang tua, pensyarah, serta keikhlasan rakan2. Penulis sedar kadangkala DHAMIR ini juga tidak lepas dari bersangka buruk dengan manusia.. kalau itu terjadi, maka beristifar lah..

Tidak dilupakan jangan putus asa dengan apa yang terjadi, mungkin keputusan sem ini x memuaskan hati kita, maka berusahalah. Jadikan ianya titik tolak untuk bangkit untuk menjadi yang terbaik, bukannya menjadi abu yang berterbangan tanpa sebarang makna. Rasa “give up” merupakan perkara biasa bagi seorang mahasiswa/mahasiswi, kita bukannya robot yang x mempunyai sebarang perasaan. Namun jangan biarkan perasaan melayarkan kapal hati untuk terus gagal, tapi biarkan perasaan itu untuk seketika dan “set our mind” back… bahawa kita ni sentiasa boleh.. Ada satu peperangan dalam zaman Rasulullah, sahabat nabi itu; terus mara menentang musuh ISLAM, tatkala dalam penentangannya itu, pedang tentera musuh telah memotong tangan kanannya, beliau tidak mengalah..disambutkan pedang itu dengan tangan kirinya, sejurus kemudian tangan kirinya pula dipotong dimedan perang, masih tidak mengaku kalah, disambutnya pedang itu dengan kedua belah kakinya, kedua kakinya juga dipotong, disambutnya dengan sisa2 tangan yang kudung yang masih tinggal… Subhanallah!! Begitu kuat kan azam sahabat nabi ni.. namun akhirnya beliau syahid dimedan perang kerana tentera musuh telah membelah tubuh beliau dengan pedang hingga terbelah kiri dan kanan….maka berhijrahlah..

Setiap manusia itu telah dijadikan dengan sebaik-baik kejadian oleh Allah, terpulang pada diri kita untuk meniti jalan yang mana.. penulisan ini bukanlah untuk menikam sesiapa jauh sekali untuk meninggi diri, it just renungan buat penulis yang sering alpa dengan arus moden dunia dan ingin dikongsi dengan sahabat2 yang amat diri ini sayangi. Maaflah jika penulisan ini tidak menepati cita rasa..namun dengan menulis apa yang terbuku dihati, dapat dirasakan satu kepuasan dan kelapangan dalam hati ini.

P/s: sentiasa belajar untuk menjadi lebih baik…insyaAllah..

No comments: