Followers

Saturday, February 26, 2011

sakit PRK lebih sakit dari putus CINTA

Assalamualaikum semua readers..
Lately ni pengunjung2 blog dah di"detect" manusia2 yang x dikenali..
Xapa.. ini adalah hasil nukilan peribadi penulis...

sakit PRK?? ape yang dimaksudkan dengan PRK??.. umum mengetahui PRK ialah Pilihan Raya Kampus yang baru berlangsung beberapa hari yang lepas.. dan kemenangan telah berpihak kepada pihak yang menang! of koz!... Sengaja nukilan ini lambat untuk di"update" kerana jujuran air mata xberhenti sejak keputusan hingga lah ke meeting kabinet yang pertama. Mengapa? alasan yang kukuh tidak kitahui koz saya sendiri pelik kerana sakitnya begitu dalam hingga sukar untuk rasional.

Bagi yang baru membaca dan dah lama tahu.. kehadiran diri ini dalam dunia kepimpinan UniSZA bukan atas "DESAKAN" mana-mana pihak luar atau dalam..tp diatas kerelaan hati pada tahun pertama. Banyak liku-liku dan sistem "POLITIK" kampus yang telah dipelajari oleh diri ini semasa memegang jawatan Exco Kesihatan dan Alam Sekitar. Bila bercakap hanya memegang exco tidak semestinya kita berada dibawah dan tidak mampu untuk mengeluarkan suara. Didikan penuh dari Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sesi 09/10, saudara Abdul Rashid Abdul Manaf dan Timbalan Presiden 1 Majlis Perwakilan Pelajar, saudara Izzudin Bin Rosli amat-amat dihargai. tidak lupa sahabat2 seperjuangan. Namun sebagai pemimpin yg berlatar belakang "bebas" sudah tentu saya mempunyai ideologi tersendiri. Niat dihati cuma satu, sedikit sebanyak ingin membantu dengan apa yang terdaya walaupun tidak tahu selok-belok pengurusan pada awal penglibatan. Terima kasih juga pada semua mantan-mantan yang tidak putus memberikan sokongan.

Bila berkata mengenai dunia kepimpinan, tatkala keputusan yang dibuat bersama kadang2 tidak saya persetujui. Tetapi atas dasar "DEMOKRASI" saya akur walau jauh disudut hati mempersoalkan mengapa keputusan itu dilakukan. We being profesional in our work rite!... Mengetahui selok belok pekerjaan ini dan "MEMBACA" perangai2 manusia2 yang terlibat dalam "DRAMA" kepimpinan... Saya masih berpegang..misi demi kebajikan pelajar..dan kebajikan saya juga kerana saya juga seorang mahasiswi!

Ada beberapa perkara yang saya kurang suka dapat dunia politik kampus.. ASPIRASI?? PRO.M??. hmm.. kenapa perlu adanya kedua-dua kelompok manusia ini kalau intipatinya adalah sama?. ASPIRASI dikatakan lebih memihak kepada pentadbiran universiti dan menyokong dasar2 kerajaan manakala PRO.M lebih memihak kepada mahasiswa dan dikatakan lebih memperjuangkan agama.. Adakah ASPIRASI tidak memperjuangkan hak mahasiswa?? sudah tentu tidak...adalah PRO.M tidak langsung menyokong dasar kerajaan kalau ianya memberi kepentingan kepada semua pihak?? adakah Aspirasi tidak membela AGAMA?? ... so? why this thing timbul??.. seawal mungkin perkara ini dicanang digembar-gemburkan oleh media.. dan mahasiswa yang "LALANG" akan mudah terpengaruh tanpa memahami ideologi sebenar. Hasilnya apa?? pergaduhan disana sini.. hanya untuk merebut kerusi... paling memalukan hampir 90% yang bergerak ialah MELAYU!!..ISLAM!!... kita bergaduh sesama sendiri sambil ditertawakan oleh bangsa lain! great job!

Mengintai tirai2 FB yang membuak2 dengan situasi pilihanraya..membuatkan diri ini sedar betapa besarnya kuasa mahasiswa dan pilihanraya... sistem pentadbiran di universiti juga ada kurangnya, saye juga faham..dan anda yang membaca juga faham.. permainan politik kampus amat-amat hebat, strategi perang saraf, bawah tanah, culik menculik, menyebarkan propaganda dan macam2 lagi.

Saya turut terkena tempias PRK ini kerana merupakan calon umum. Pada awalnya keinginan untuk bertanding memang ada, tetapi apabila diberi kepercayaan oleh orang2 "KUAT" saya mula merasa ragu... tetapi disebabkan niat..saya teruskan..dengan harapan "TIADA".. if xmenang xpa.. it just saya xsuka menidakkan harapan mereka yang telah memberi kepercayaan. tetapi drama baru bermula.. macam2 adegan dan macam2 situasi.. xperlu didetailkan disini kerana itu MARUAH universiti kesayangan saya.. Akhirnya kemenangan berpihak kepada 6 calon, iaitu Isa, saya, nik zawawi, marzuki, hajar dan saiful islam mengikut ranking unsi. dan lebih mengejutkan Calon "FEVERET" iaitu izzudin rosli yang mendapat undian tertinggi tatkala PRK lepas kecundang. Dan disinilah "politik kampus" yang dapat saya lihat dan saya rasai. Tatkala rapat umum saya telah diapproach oleh pelbagai pihak.. dan nyata bagi menidakkan mana2 pihak saya telah mengatakan "tidak ada kena mengena dengan mana2 pihak"... tetapi terdapat sedikit salah faham dari pihak jentera dan pihak "disana"..Akhirnya keputusan undian sebanyak 2197 telah tercapai.. *gulp* xpernah saya bayangkan selepas tahu ape yang telah terjadi.

Lebih menyedihkan apabila perancangan untuk kekal bersama izzudin rosli dikerusi umum, hancur begitu sahaja kerana keputusan x memihak pada beliau. Perancangan untuk mahasiswa berlabelkan mpp tidak dapat diteruskan oleh beliau. Lebih mengharu birukan keadaan keputusan itu saya dapati ketika exam "HALAL HARAM DALAM PEMAKANAN". Memang salah sendiri. Fikiran jadi sgt2 buntu dan dialog semalam bersama untuk meneliti dan membangunkan pelajar bermain dalam kotak minda..

Kombinasi calon umum Redzuan Zaaba dan Izzudin Rosli mencetuskan kontroversi dari pihak disana. Pendapat peribadi saya yang telah berjuang bersama2 saudara Izzudin, beliau seorang yang lantang membangkitkan isu2 mahasiswa tetapi kadangkala pendekatan beliau tidak secantik atau seindah hawa telinga mendengar. Saya yakin dan percaya beliau tidak akan berhenti disini, mungkin kurangnya undi 300 orang dari undi lepas akan mematangkan kami semua, Saya juga yakin beliau bakal menjadi seorang pemimpin yang berjaya satu hari nanti dan percaya ini terjadi tidak mematahkan semangat beliau. Setidak-tidaknya membuatkan semua orang berfikir semua untuk muhasabah diri. Sebagai adik, saya berharap abang saya akan berjaya!

Isu-isu sensitiviti turut dimainkan dalam pihanraya secara halus... banyak perkara yang terjadi dalam pihanraya kampus kali ini. Satu harapan saya, UniSZA yang yang amat-amat saya sayangi ini tidak menjadi seperti UKM,UM dan UPM.. biar nama mereka gah! tapi saya beranggapan perpaduan mereka tidak seGAH nama universiti mereka.. Saye tidak mahu ada pintu HEPA yang pecah di universiti kesayangan ini!.. dan saya juga tidak mahu ada calon yang diculik, disimbah harta benda dan dibakar POSTER!.. ini bukan UniSZA!! selagi musyawarah dapat dicapai ..lakukanlah!! jangan kita terikut2 oleh anasir2 luar!

Saya hanya menulis berdasarkan pemerhatian say terhadap PRK kali ini, dan saya amat2 berharap PRK akan datang akan lebih TELUS dari yang sebelumnya!.. tiada kompromi untuk menidakkan hak mahasiswa dan berbudi bicaralah dengan pihak pengurusan.. andai bertelagah...apa yang boleh dicapai?? bangga menjadi ASPIRASI..PRO.M?? tp hakikatnya tiada kesatuan... xsalah...tp lakukanlah dengan sebaik2nya bermesyuarat untuk mahasiswa, dan jangan ada kepentingan peribadi.

Jangan selepas ini saya disiasat latar belakang, family dan sebagainya sudah... saya hanya insan biasa yang mempelajari selok belok kampus dari segi pengurusan dan mahasiswa.. Saya suka ingatkan perkara ini apabila sesetengah mahasiswa menentang keras HEPA dan mengatakan HEPA "bias"... Kalau anda nak hak anda..tetapi hak boleh tercapai dengan rasa SOPAN; tetapi anda cuba berkeras..siapa yang akan BERKOMPROMI??.. dan saya bukan seratus peratus memihak kepada mereka,kerana ada juga perkara yang bertentangan dengan PRINSIP saya.. tapi kenapa kita harus bermusuh.. Motifnya.. dan solusinya! kembali kepada masa lampau..bagaimana cara demokrasi ISLAM yang sebenar... jgn menjadi terlalu RaDIKAL kononya menggunakan ISLAM untuk mencaci maki orang lain... akhirnya kita yang mencalarkan agama kita sendiri..

APa yang boleh saya lakukan, akan tetap saya lakukan... insyaAllah, teguran dari semua pihak amat saya harapkan andai diri ini tersasar dari landasan yang sepatutnya.. Dan saya suka mengingatkan diri saya sendiri dan rakan2 lain..kehadiran kita ke Universiti ini adalah untuk belajar, bukan salah untuk menjadi pemimpin... tetapi apabila nawaitu itu terpesong dan menggunkan kaedah2 yang tidak menentu..pelajaran tidak akan berkat.. semua orang berhak bersuara dan bersetuju atau tidak tentang hal ini. saya sekadar memberikan ulasan..

Untuk mantan2 MPP UniSZA 09/10.. kenangan bersama anda merupakan kenangan yang amat terindah dalam kamus diari insan bernama Raihanah Rozaimi. Kalau dulu diri ini bergantung harap pada kalian kerana terdapat ramai abg2 dan kakak2 ..kali ini diri ini pula yang menjadi kakak bg mereka. terasa masa sangat kejam dengan kita. namun perjuangan harus diteruskan. Moga perkara yang terbaik dapat dilakukan MPP kali ini

Nur Raihanah Mohd Rozaimi,
NYDP MPP UniSZA 10/11.

3 comments:

Anonymous said...

tahniah sbb msih kkal sbgai mpp..
smoga berjaya..

RAIHANAH ROZAIMI :) said...

OMG Rai! Ko bertanding lagi ek? Menang ek? Ya Allah,mcm mana aku tak leh prasan??..wuwuwuwuw..anyway congratz my fren..

Ko btanding atas tiket bebas ye? Bersama Isa dan lain2? Huhuhu..
Ok,rai,aku sebenarnya ada cite..ko tau tak mcm mana aku kenal Isa? Aku kenal isa masa ktorang sama2 pegi Perhimpunan Mahasiswa Negara 2011 (11/1/11) ari tu..kat situ ktorang kenal dan contact.So die cite la,kat unisza stakat ni MPP smua kna dokong aspirasi universiti,nak tanak kena jgk,tak boleh ada sebarang kontradiksi lgsung.Even sebagai calon bebas,akan je ada halangan.Dia cite,ko calon bebas,masa penamaan calon tahun lepas pn agak susah kan?

So aku ckp dgn die,tak bleh mcm tu Isa,kita kalau nk jd MPP,kena betul2 memperjuangkan hak mahasiswa...mmg diplomasi itu perlu,ttp takkan tak boleh ada sebarang kontradiksi? Univ kna terima golongan yg agak berhaluan kiri,sbab kalau tak terima,nanti golongan ini akan mmberontak,nnt jd lg teruk.tu yg jadi mcm UPM,dgn UM tu...

So,isa balik unisza,die dgn geng2 dia buat survey,"adakah anda selesa tanpa pembangkang dalam MPP?" ko pn tau kan pasal survey tu? huhu..diorang slalu le cntact aku..

Ok,pasal pro-M dan Pro-A tu..kalau ko ckp itu perpecahan,yup,aku hormat pndangan ko.But bagi aku tidak.tgk jgk tmpat,ada pro-M dn Pro-A tak bergaduh...perselisihan pro-m dan aspirasi umpama perselisihan mcm main dam/main futsal..masing2 tak fanatik..dkat uMK mcm tu la..ko pn tau kan,kat umk setengah drpd mpp adalah pro-M,dan MT MPP UMK skang smua pro-M..ktorang nk fight habis2an pasal MT tu sbab tanak jd mcm MPP lepas,yg lesu dan tidak bermaya bawah YDP yang boneka...

Bagi aku,kewujudan parti ni byk impak positifnya,satu pembelajaran mengenai politik,sebelum kita menempuh alam sebenar selepas grad.Satu,ada check and balance..kna ada pro-dan kontra dalam organisasi utk pastikan segala2nya berjalan dgn baik dan resolusi yg dihasilkan amat berkualiti setelah dibahas/dicheck and balance kan.Satu lagi,pengajaran kpd admin,supaya lebih respek dan tak kongkong sgt mahasiswa.Kat UMK admin teruk,nak buat program pnye susah..gile2 susah..byk karenah birokrasi..die tgk tmpat la rai..dan tgk penggeraknye sape..mcm aku,aku presiden pro-M..tapi aku masih rapat dgn bdk2 aspirasi..diorang still respek cara aku..dan aku still respek diorang..walaupun ideologi berbeza..tapi kami bleh minum kopi semeja..sbab bagi kami,perbezaan dan persaingan ini utk kematangan kami,dan kami tak memandang taksub/fanatik dgn idelogi kami ni.ia umpama..ko team merah aku team biru,kita lawan futsal..ok dah abih main futsal..team merah mnang..tp jom kta minum2..mcm tu lah...

ko jd NYDP ek? congratz rai! hehe - komen dari Hafizuddin.Pengerusi Pro.M UMK...
menghormati pandangan beliau

RAIHANAH ROZAIMI :) said...

anonymous: tq