Sejak 2 hari ni nama ashabul khafi ni sering ade dalam kepala.. rase macam ade seseorang beritahu tp xingat siape dan kenape diberitahu..hmm..lost..
Lalu jari jemari ku bukan "jejari runcing" erk.. jejari comel gemok2 meneliti kisah2 ashabul kahfi.. rase diri ini begitu jahil sekali berkenaan pejuang2 agama,, hidup hanya berlandaskan nota2 pembelajaran..hati teringin sekali mendapat santapan agar kehidupan sebagai seorang muslimah lebih terjamin. .. mungkin dah ramai tahu berkenaan cerita ini..tapi terasa ingin melakukan perkongsian ilmu pada yang masih belum tahu.. Ashabul kahfi merupakan seorang pemuda dari kalangan bangsawan yang sangat dihormati pada era kehidupan beliau.. Pada era ini negara UPSUS diperintah oleh seorang raja yang terpesong akidahnya dari agama Allah dan zalim terhadap rakyatnya yang tidak patuh pada pemerintahannya.
Manusia2 jahil pada zaman ini menyembah berhala dan memberi berhala dengan pelbagai jenis santapan. Pejuang Allah ini terasa dirinya enggan untuk sujud pada berhala2 ini..lalu dia keluar dari kelompok manusia2 jahil dan mencari ketenangan dan berjumpa dengan sahabat2 yang sama ideologinya.. lalu sahabat ini berbicara tentang agama Allah dan sujud dan taat pada agama ini. Setelah sekian lama, raja mengetahui akan anutan baru mereka dan raja murka.Lalu dipanggilnya ashabul kahfi bersama sahabat2 untuk bertemu raja. Dalam pertemuannya bersama raja, arahan telah diberikan untuk kembali ke agama penyembahan berhala namun mereka engkar.
Raja agak menghormati mereka kerana dari kalangan bangsawan, dan mengarahkan mereka kembali kerumah masing2 dan berjumpa pada keesokan hari memberi jawapan atau dikenakan hukuman yang berat..lalu sahabat2 ini bernekad untuk keluar dari negara berkenaan dan bersembunyi di satu gua bersama seekor anjing. tanpa mereka sedari telah tertidur selama tiga ratus sembilan tahun. dan apabila bangkit dari tidur, perut sahabat2 ini terasa lapar dan hendak membeli makanan. Mereka agak takut untuk keluar kerana takut ditangkap oleh pemerintah yang zalim itu
sesudah keluar dari gua.. kelihatan bandaraya telah berubah dan matawang yang mereka gunakan merupakan mata wang 3 abad lampau yang tidak laku lagi.. rakyat ketika itu akhirnya tahu siapa mereka dan membawa mereka berjumpa raja yang memerintah kini. Raja tersebut merupakan seorang yang soleh dan baik pada rakyatnya..
Maka bersyukur para sahabat dan ashabul kahfi...yang hanya mereka inginkan ialah kembali kepada Allah kerana sudah terlalu lama berada diatas muka bumi... Permintaan mereka Allah kabulkan..akhirnya kembalilah pejuang2 islam bagi menegakkan agama Allah itu..
p/s: terdapat percanggahan berkenaan bilangan mereka..sama ada 4, 6 atau 7...tetapi rata2 mengatakan 7 orang sahabat
*sebarkan agamaku walaupun satu ayat*
2 comments:
i bet u heard dis word...
"assiful kahfi"..is it?
hah assiful kahfi?? apelak??
Post a Comment