Followers

Friday, January 21, 2011

MPP (episod 1)

Assalamualaikum wbt...
Tatkala malam melabuhkan tirai dan pagi makin menampakkan seri... aq masih disini... masih bertahan untuk mencoretkan sesuatu yang aq kira agak penting bagi diriku untuk "menyimpan" data ini dlm kamus diariku..

Tatkala MPP UniSZA 09/10 hampir "menamatkan" riwayat dan tampuk pemerintahan di universiti kesayangn.. Universiti Sultan Zainal Abidin; diri ini terasa agak sebak tatkala memasuki pejabat yang menjadi tempat untuk melunaskan hutang2 dan kerja yang dipertanggungjawabkan sebagai seorang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar... kadang2 terasa macam xmenbantu mpp pown... diawal penglibatan..

Bagi segelintir mahasiswa dan rakan2 seperjuangan yang lain; umum mengetahui saye merupakan calon BEBAS dan bukan calon pilihan HEPA...which mean penglibatan saye dalam organisasi ini 100% atas kehendak diri sendiri dan bukannya orang lain. Xkisah la org nak kata gila jawatan or ape2.. tapi saye tahu ape yang saye nak! dan saye tahu saye berpotensi untuk membantu.. kalau tidak banyak..mungkin sedikit!...

Keinginan untuk menjadi seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti bukanlah tertanam ketika di universiti..tetapi sejak dari darjah 6 lagi. Ketika itu, merupakan musim pilihanraya di UMS...dan pakcik sy yang menuntut disitu ..tetapi agak sambil lewa dalam membuang undi...
ketika itu lah saya bersungguh2 untuk menjadi seorang MPP which mean sejak 7 tahun lepas.. munkin agak "gila" bagi sesetengah orang untuk memasang niat seperti itu bukan~.. seterusnya niat semakin kukuh apabila melihat antara idola saya berkatakan sesuatu mengenai PilihanRayaKampus (PRK).. di dalam Astro ketika itu.. beberapa bulan sebelum memasuki UniSZA... Saye ingat lagi, saye berkata pada Umi (my mom)...umi, nanti nana masuk universiti nana nk jadi MPP..nk jadi wakil pada semua orang...dan perbualan ini telah divideokan oleh sy sendiri...bersama adik2 yang lain ketika menonton TV... umi just balas.. jgn biar abaikan pelajaran sudah ... Rase lawak bile menonton video itu kembali...terasa diri ni bersungguh2 untuk mendapatkan ape yang diingini...

Bila masuk UniSZA yg dahulunya UDM.. mata saya tertumpu pada MPP2 ketika itu.. memerhati "body languange" mereka.. dan cuba berkenalan dengan mereka.. disebabkan belajar di kampus KOTA..saye lebih mengenali encik ASRUL dan kak IZEN... MPP ketika itu.. Apabila pemilihan baru berlangsung... sy berjumpa dengan penyelaras program dietetik untuk memberi nama begitu juga dengan seorang rakan seperjuangan... banyak pahit getir yang saye lalui.. antaranya cubaan awal "dikaunselor" oleh naib dekan FPSK.. berada dalam bilik naib dekan hampir sejam dan mendengar hujah2 agar kami tidak menceburi bidang ini... pada saya ini impian saye..dan saye hormat pandangan beliau kerana banyak betolnya... Tp untuk menjadi seorang pemimpin mesti ade kedegilan dalam diri bukan!!..saye tekad!

nasib menyebelahi diri saye kerana saye terpilih dan rakan sekelas saye terpakse diundurkan atas sebab "strategi peperangan"...... Tibe2 dunia saye menjadi 360 darjah bertukar ...amat mengalami culture "shock"... kerana MPP bukan lah sebuah organisasi kecil seperti badan2 disekolah ....mungkin minded terlampau sempit ketika ini...dek kerana sejak dari tadika tidak pernah terlepas daripada apa2 jawatan.. tapi kuharapkan hujan sampai ke petang.. rupanya hujan ditengah hari!!..tetibe ckp ngan diri sendiri....padan muka kau!! nak jadi sgt... rupe2nye organisasi ini adalah sgt2 besar...dan ianya "represent" mahasiswa diperingkat negara.

2 minggu menjadi MPP..hanya airmata jer yang menemani tiap2 malam.. still cant forget about that!!... mana tidaknya.. aq merupakan wakil yang satu2 tidak ada basic dlm universiti tetapi diangkat menjadi MPP..wah! cukup berat tugas tu... tatkala tu..byk juga tugasan2 yang diberikan oleh MR.Pres pada diri ini...dan ada yang aq sebenarnyer xtahu buat..tp disebabkan ego yang tinggi aq nekad untuk belajar dari mantan2 lalu....

Tak cukup dengan itu ....aq diprovok habis-habisan oleh sesetengah individu kuat yang berada di uniSZA.. tanpa tahu kenapa aq yang dipilih untuk menjadi mangsa provok...aq sekali lagi lemah... pressure dr tugasan sebagai seorang mahasiswa, pressure dari segelintir rakan2 yang tidak memahami tugas...tetapi mostly amat memahami dan memberi sokongan!.. tatkala ni..aq betul2 xtahu how to seperate tugas dan education....hasilnya pointer jatuh...hohoho!...tp aq xpernah menyalahkan tugasan sebagai MPP....

Berdepan dengan segelintir mahasiswa yang tahu mengkritik..aq menjadi sgt2 kecut... pada awalnyer..tapi as time goes by... setakat kritikan..alhamdulillah aq mampu tangani... buat bodo jer la..asal kiter tahu tugas kiter.... Creadit harus diberikan kepada encik ASRUL ANWAR selaku mantan MPP 08/09 yang banyak membantu dalam develop diri ini menjadi seorang MPP. Turut tidak dilukan Encik Zaim Rosli yang byk membantu memberi buah fikiran dan semangat yang tidak pernah padam! dan juga 2 my lovely sis...IZENTY BARIAH n KAK ANOM yg sentiasa memberikan semangat yg jitu pada diri ini....walaupun kadang2 pendapat berbeza dan cara pemikiran berbeza..aq tetap mengambil pendapat mereka sebagai pedoman...tp as someone u have to stay strong with your decision!

Alhamdulillah saye mempunyai tenaga pengajar yang sgt supportive.. kerana kebanyakan mereka merupakan MPP pada zaman mereka dahulu...dan mereka faham.. tp kadang2 malu dan seram gak koz..whatever it is..study comes first.. like this sem.. habis2 pulas..pointer makin jatuh plak.. xfaham aq!!!..adekah memang xberapa nak pandai?? huhuh..no!! i can do it better... tahu mereka risau..dan siapa kata aq xrisau untuk diri sendiri... tapi keputusan aq masih berada diawangan..antara perlu mengorak langkah kembali...atau pun perlu berhenti disini.... aq tahu pasti akan menimbulkan banyak spekulasi.. tapi keputusan muktamad belom diperoleh... apabila ditanyakan akan hal ini oleh AYAH.. aq menjawap mungkin tidak.. tapi ayah memberikan kata sokongan untuk terus berjuang!.. why HE such confident like that compare to myself!.. everything getting harder i said to HIM.. but he said because of that la we can know ourself better... AYAH! always like that...satu kata2 ayah.. "ones u make the decision, never turn back" proceed to the best...

Malam ini macam diberikan satu penghargaan yang sgt besar buat diri aq sendiri... Aq selalu terfikir tiap2 kali bgn tidur.. dah laksanakah tugas aq sebagai pemimpin?? adakah aq dok diam sambil lewa dan x fikir masalah2 org lain. kadang2 rasa stress yang amat sgt buatkan aq sampai demam2... kadang2 rase bodoh jer.. xtau kenapa... koz sometime ade yg kite xleh buat koz luar bidang kuasa kite...dan kadang2 jarak yg jauh antara kampus kota dan kampus gongbadak membuatkan aq bertambah stress kalau adenyer program2 yg berjalan.rase macam x menyumbang pown ade jugak..

Tapi pada malam ini apabila presiden sendiri yang mengatakan antara exco MPP terbaik.. yes! itu satu penghargaan bagi aq.. thanx presiden( dier xtau pown wujud blog ni..so ni bukan mengampu erk... tulus dr hati!).. walaupun macam aq beritahu malam ni pada sesi brainstorming tok PRK akan dtg... aq antara MPP yg amat keras menentang MR presiden pada awalnya... tatkala meeting berlangsung..semua orang setuju dengannya,, aq bangkit membantah usul2 yg aq kira x releven langsung!..(budak baru belajar.. so excited lebih! hahah..).. namun hubungan harmoni dpt dicapai.. mungkin Mr Pres yang berubah sikap lebih memahami (tp dier ckp aq yg belajar tok dengar ckp..hahaha)...xkowt..aq rase dier lebih senang adapt dengan persekitaran macam aq.. i ever said to HIm: saye xsuka abg nak arah2 saye byk2 kali( tym ni otak macam biol jer..leh2 melawan presiden!) ngosh gak kadang2 bile pk.. semuanya mengajar aq erti kematangan dlm berorganisi.. dan apabila diberikan kepercayaan untuk menjaga anak buah yangg hampir 200 org plus2 berada dimaidam... i take that as a challege.. tapi semua xkan terjadi tanpa bantuan rakan2 kelas yg supportive dan juga geng yang sgt memahami..mereka kata nampak perubahan.. rase terharu apabila perjuangan kita dihargai... bukan mengharap...tidak sama sekali...tp kadang2 cukup sekadar terima kasih..membuatkan kita bertekad untuk menjadi yg lebih baik....

Brainstorming ari ni byk mengajar aq erti tiada titik noktah dalam sebuah perjuangan...insyaAllah..doakan yang terbaik.. kerana yang terbaik itu pasti akan terjadi bila adanya keberkatan daripada semua pihak.. terima kasih kepada semua jentera MPP yang bertungkus lumus untuk membantu MPP.. tq banyak2

No comments: