Followers

Wednesday, July 14, 2010

C.I.N.T.A





Ku curi sedikit masa membuka laman sesawang ini, pada asalnya memang malas nak buka kerana kondisi badan yang demam secara tiba2....agak lama tidak "mengupdate" sesuatu kat blog sendiri... setiap kali nak update rasa xde mood nk menaip..

Baiklah,
tajuk entry blog dah JELAS kelihatan...ya! berkenaan cinta....
mungkin member2 dah mula boring dgn entry2 yang berkenaan aktiviti dan kehidupan aq kat universiti yang bz memanjang.. hingga persoalan cinta ini ditimbulkan kembali...

yerp~
aku juga insan biasa...yang normal dan pernah merasai erti cinta( pergh~ jiwang gler)..
tp semuanya tinggal kenangan..kenangan yang harus disimpan dalam diari hidupku sendiri..

Layakkah aq untuk kembali bercinta??
kehidupan yang kembali BZ membuatkan aq lupa untuk memikirkan hal2 ini...
memang satu ketika dulu dunia "cinta monyet" sgt membahagiakan...
tp harus direnung kembali..sejauh mana cinta itu berkesan dalam diri seseorang...
adakah membawa kepada kebaikan???
atau lebih membawa kepada kemungkaran????

Cinta pertama....
cinta pertama itu akan kekal yang pertama dan tiada siapa yang mampu mengubah sejarah yang lalu... namun cinta pertama itulah membuatkan aq serik untuk kembali kealam ke"BAHAGIAAN" itu..bukan kerana dier seorang yang tidak baik... bukan...cuma ada sesuatu yang lebih penting dari bercinta...

Pernah satu ketika dulu..ketika waktu itu.. semangat belajar membuak2 kerana masing2 ingin berjaya...semua disebabkan cinta...tidak mahu kalah pada pasangan masing2...

Aku termenung..memikirkan hakikat..
perlukah kehadiran lelaki pada waktu ini?? pada waktu umur sudah mencecah angka 20 thn???
Fikiran ku menerawang..memikirkan hakikat ramai kawan2 ketika sekolah menengah sudah pon berkahwin dan mempunyai anak...
tidak pernah terlintas aq memikirkan soal kahwin ketika ini...
x lupa juga ramai yang dah mengikat tali pertunangan..
tatkala ini..aq hanya memikirkan adakah kebahagian bersama kawan2 akan dirampas dengan ikatan2 itu???

Layakkah aku untuk bercinta pada seorang jejaka??
sedangkan aku kadang2 lalai untuk mencintai diri sendiri..
layakkah aku untuk bercinta dengan sang teruna..
sedangkan hakikatnya cinta ku kepada PENCIPTA masih ada cacat celanya..
layakkah aku untuk bercinta pada pada seorang lelaki??
hakikatnya cinta pada keluargaku masih ada yang belum utuh..
layakkah aku untuk bercinta pada seorang yang berlainan jantina??
sedangkan cintaku kepada kawan2 masih belum dinikmati sepuasnya??

Aku putuskan sendiri..
aku tidak layak untuk cinta itu ketika ini ...
masih banyak perkara yang perlu untuk aku selesaikan saat ini dari memikirkan soal cinta...
masih banyak angan2 dan cita2 yang masih belum ku capai dalam perjalananku bergelar seorang mahasiswa, anak, adik, rakan dan sebagainya..
masihbanyak impian yang memerlukan pemerhatianku dari pemerhatianku terhadap seorang jejaka..
aku x layak tok itu buat masa ini...
biar masa yang menentukan...

Tp aku tetap tumpang gembira melihat kebahagiaan rakan2 yang setia dan memperjuangkan cinta mereka sehingga ke ikatan yang sah...mungkin satu hari nanti aq akan menuruti semua itu..namun bukan dalam masa yang terdekat...mungkin hati ini pernah diusik beberapa kali namun aku tetap dengan pendirianku...

inilah definisi cinta dalam hidup aku..korang??

1 comment:

zUlaikha rAzak said...

yurpp..same goes to my minds..
we've got to settle down everything,
esp...our study..b4 we sincerely accept sum1 into our life kan..

slumber je..single ag besh!