Penyerahan hadiah oleh prof Mahzum, dari UPNM kepada pemenang.
Masjid Ampek Lingkuang merupakan tempat kami diberikan tugasan untuk melakukan kerja bakti sosial
adunan cat dibuat terlebih dahulu sebelum proses mengecat dimulakan (fadhli)
Salah satu kesan rumah yang retak kerana gempa bumi yang berlaku september lepas
Buku program sewaktu kami ke Indonesia yang disediakan oleh abg rahmat
teman2 dari malaysia dan indonesia berkumpul untuk sesi fotografi yang akan disiarkan di Berita Harian
Maaf teman2, sudah lama tidak Update blog..sangat sibuk berprogram.. Cuti kali ni ialah cuti yang amat bermakna untuk insan yang bernama NUR RAIHANAH BINTI MOHD ROZAIMI..Tika ini semua masyarakat dunia digemparkan dengan isu membantu masyarakat Palestin melalui kapal bantuan dengan adanya sukarelawan seluruh dunia. Mungkin saya tidak dapat ke GAZA, tapi apa yang dapat saya lakukan ialah membantu masyarakat Indonesia yang terkena gempa pada september yang lepas. Kami sukarelawan mahasiswa IPTA seluruh negara telah berangkat ke Padang, Indonesia pada 2 jun 2010 dan berangkat pulang ke Malaysia pada 7 Jun. Walaupun dalam waktu yang amat singkat, hanya 6 malam; tetapi sebuah pengalaman yang amat sukar untuk di lupakan oleh semua peserta Majlis Sukarelawan Mahasiswa (MASKUM) untuk program Meniti Sinar Kasih (MERSIK)..
Kami di kumpulkan di UTM IC, untuk taklimat program pada 1 jun 2010.. sesi suai kenal diadakan bagi mengeratkan hubungan yang bakal terjalin antara mahasiswa dari malaysia sendiri. Kami berangkat ke Padang pada 2 jun jam 7.45 pagi. Yang peliknya kami sampai di sana jam 8 pagi. Jam harus ditukar waktunya kerana masa di Indonesia lewat satu jam. Setibanya kami di Lapangan Terbang Minangkabau, kami terus ke Lamun Ombak, salah sebuah restoran terkemuka di daerah Padang, Indonesia.
Pengalaman menaiki bas UNIVERSITAS ANDALAS(UNAND) merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pintu bas tidak di tutup ketika perjalanan ke mana sahaja. satu pengalaman yang menarik. Tambahan pula, orang dan bagasi turut berada dalam satu tempat. Macam ikan masin jadinya. Setibanya di UNAND, kami disambut oleh mahasiswa di sana dengan mempersembahkan tarian minang dan beberapa tarian lain. Majlis diskusii antara mahasiswa dari malaysia- indonesia turut diadakan.
Hari pertama, semua sukarelawan MERSIK menginap di hotel,(tp bukan hotel seperti di malaysia) keesokan harinya kami diberi taklimat dan majlis perasmian diadakan di UNAND, pada lewat petang,kami ke kampung Parit Malintang untuk menghadiri majlis khatam Al-Quran oleh anak2 kampung. majlis amat meriah walaupun hujan turun dengan lebatnya.
Kemudian peserta MERSIK yang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan menuju ke tempat masing. Sebahagian ke Ampek Lingkuang dan sebahagian lagi ke Tahpuz, namun jarak hanyalah 30 minit dari tempat masing2.
Sy bersama teman2 yang lain ke ampek Lingkuang untuk kerja2 pembersihan masjid dan acara bersama2 anak2 kampung yang lain. Berbagai tugasan yang kami lakukan, mengecat, membersihkan dinding masjid, dan bermacam lagi. Disamping itu jalinan ukhuwah antara mahasiswa indonesia-malaysia dapat di jalin.
Selama 3 hari kami di tempat masing-masing, banyak kenangan yang dicipta bersama, pernah x rasa Teh Telur, Pisang Bakar dan berbagai makanan yang bukan kebiasaan di cuba oleh mahasiswa dari malaysia. Rasa bersyukur sudah tentu dipanjatkan pada yang maha ESA kerana lahir dibumi malaysia, pernah x lihat tandas tidak berpintu?? surau dicampur antara lelaki dan perempuan, penyelenggaraan yang tidak sistematik.. namun ada yang patut dicontohi oleh masyarakat malaysia, sebagai exco alam sekitar dalam MPP, penggunaan polistren tidak langsung digunakan semasa kami berada di Indonesia, pek makanan ialah kotak..sangat cantik, walaupun makanannya kesemuanya amat pedas.
walaupun hanya 6 malam bersama mereka, kerinduan pada Indonesia tetap dihati, kangen bangat sama kamppp aziz, irwansyah,elga, rizki dan lain2.. oh Ya pengalaman bagi diri sendiri yang x dapat dilupakan ialah melihat proses khatan dari awal hingga akhir. Kecut jugak perut melihat proses khatan ni..banyaknya darah x terkata..huhuh..tp sebagai salah seorang pelajar di fakulti perubatan dan sains kesihatan saya berasa bertuah kerana terdedah dengan hal2 sebegini..alhamdulillah semua sudah selesai..kerja kami sebagai sukarelawan di indonesia membuahkan hasil
Bagi mahasiswa malaysia tidak ada rasa lain selain syukur yang tidak terhingga kerana lahir di bumi malaysia. Di Indonesia , saya punya teman namanya Aziz,dia mengajukan soalan, kenapa rakyat malaysia memanggil rakyat indonesia INDON?? pada awalnya sy amat tergamam,kerana telah menjadi kebiasaan bagi kita bukan..tp hakikatnya mereka tidak suka dipanggil sebegitu, saya hormat pendirian beliau, kerana mereka rakyat INDONESIA.
Saya titipkan gambar2 kenangan ketika berada di sana..moga terhibur
9 comments:
ambooi rai,,bab khatan2 ni ko laju je kn...ak akn lebih tkot unttuk menghampirimu lg pas ni...cmne ak nk berdepn dgn ko pas ni..adakh kamu akn melakukn perkra yg sme kt emy n fatah n abg du...
emy, fatah n abg du,,,kuatn pertahannmu...
hehehehehehehe
mengong la ikram.. aq blaja la cara tok sunat..xsemestinya nak blaja diet jerkan..gerun gak aq tgk org sunat..kecut perut..tp aq ade ske cara sunat sorang dr tu...menggunakan kaunseling tym sunat so budak x takowt
emm,,no komen...haaha,,nnt ko tnye r laki ko sendri...hiihih..
nway, bes gler dpt g endon..
alhamdulillah dah rezeki...aq pergi atas nama Majlis Sukarelawan Mahasiswa (MASKUM). aq register namadulu..now baru dapat..neway..its indonesia..hehehe...xpe..pengalaman tgk org sunat! best!
x abes ngn sunat ko nie,,,ish...
nak aq tolong sunat ko lagi skali ke????????????? hjahahahhahahahahahaha... aq dah blaja dah..hahahahah
nak aq tolong sunat ko lagi skali ke????????????? hjahahahhahahahahahaha... aq dah blaja dah..hahahahah
ngoshhh rai,,,gatal....
hahahaha..ambek ko,.gatal sgt nak HILITE pasal sunat tu..aq yang tau ni diam2 jer..ngenge..hahahah..nak ke sunat g??
Post a Comment