Followers

Sunday, June 20, 2010

Terpanggil Untuk Bersuara




Tatkala jari jemari menari2 di atas keyboard laptop ini, jantung juga tgh giat mengepam darah ke seluruh badan...luar biasa denyutan nadinya..mungkin dek kerana geram, sedih, dan terhiris hati ini..membaca tomahan2 yang bertalu2 sejak kebelakangan ini. Ada kebenaran di sebalik pernyataan2 yang cuba mereka lontarkan. Tapi seperti mana yang kita tahu kebenaran itu pahit untuk ditelan bukan. Tidak semua perkara yang mereka katakan itu benar dan tidak semua tidak benar...

Diri ini terpanggil untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ku sendiri. Bukan kerana tidak puas hati, tetapi lebih kepada ingin memperbetulkan tanggapan mereka terhadap apa yang diperjuangkan. Gambar di atas merepakan pimpinan mahasiswa yang telah terpilih untuk menerajui tampuk pemerintahan universiti untuk kali ini. Mereka yang anda pilih merekalah yang bakal menjalankan tugas (walaupun x semua menang atas tiket undian, tapi inilah yang dipersembahkan). Kali ini pimpinan mahasiswa UDM ataupun kini lebih dikenali sebagai UniSZA diterajui oleh Encik Abdul Rashid Bin Abdul Manaf. Beliau ada karisma yang tersendiri. Mungkin pada awalnya saya agak janggal dengan cara kepimpinan beliau.Tapi setelah sepenggal bersama beliau saya boleh katakan saya kagum dengan cara beliau memimpin kami di kerusi MPP. Beliau juga merupakan seorang abg yang baik dan sentiasa meminta pendapat sebelum sesuatu dilakukan tidak kira MT(Majlis Tertinggi) mahupun exco2. Risau juga di hati ini tinggal beberapa bulan tampuk pemerintahan kami akan berakhir; tapi percayalah kami tidak pernah menganggap kerusi MPP yang kami duduki ini dijadikan kerusi untuk bersenang lenang. Jika ada MPP yang seperti ini, pasti mr pres akan memberikan tugasan untuk menggerakkan jentera yang kian mundur.

Tapi satu perkara yang perlu anda fahami, mereka juga manusia yang ada emosi dan ego yang tersendiri. Selama menjadi seorang MPP, berbagai karenah yang dapat saya lihat. Ada yang bekerja dengan sepenuh hati dan ada juga seperti melepaskan batuk di tangga. Itu semua berbalik pada diri pemimpin masing-masing. Jika mereka rasakan mereka selesa dengan kerusi yang mereka duduki sekarang(secara rela atau tidak) suatu kesenangan, maka jawaplah persoalan2 yang bakal di ajukan oleh mahasiswa diluar sana. Mahasiswa juga perlu faham, menjadi seorang MPP bukan sahaja menjaga kebajikan mahasiswa semata-mata. Kami juga bertanggungjawap untuk memperkenalkan dan menaikkan nama Universiti di setiap persidangan/kursus yang dijalankan dan pastinya ini bukan kerja yang mudah.

Ingin saya kongsikan pengalaman ketika berada dimeja bulat sewaktu perbincangan 3 penjuru antara universiti #$^#^#%^,^$&$&$&, dan UDM. Rata2 dari mereka kagum dengan pencapaian universiti kita. Masalah mahasiswa mereka agak kronik jika dibandingkan dengan kita. . . Berbagai isu yang dibangkitkan dan jika dibandingkan isu-isu mahasiswa kita dgn mereka,isu kita hanya kecil tapi diperbesarkan seolah2 masalah yang amat besar.
Teringat kata-kata Menteri Pengajian Tinggi, Dato Khaled Nordin sewaktu menghadiri "Rakan Integriti Mahasiswa" di Putrajaya, Pimpinan Mahasiswa bukan hanya perlu ambil tahu isu domestik kampus semata-mata(kebajikan pelajar) tetapi perlu alert dengan keadaan semasa dan menjadi suara dari pihak mahasiswa. Isu seperti pembuangan bayi,judi bola,seks bebas dalam kalangan remaja, semua isu itu perlu difikirkan penyelesaiannya. Jangan kata kami goyang kaki sahaja. Sebab itulah "hanya pemimpin yang memahami pemimpin". Tetapi tetap juga bukan semua. Ada yang setelah menjadi mantan, lebih kuah dari sudu, mula mempersoalkan kerja itu dan ini. Tetapi seperti yang saya katakan tadi tidak semua, masih ada yang sanggup membantu memberikan tunjuk ajar dengan sepenuh hati.

Isu kesana-sini turut menjadi perbualan hangat mahasiswa. Pelik betul pemikiran mereka kadang-kadang kan. Setiap perjalanan kami membawakan isu-isu anda dan juga mahasiswa MALAYSIA khasnya
."KALAU MACAM TU NEXT SEM AQ NAK JADI MPP LA<>. Inilah antara kata2 ramai teman2 atau sahabat2 MPP yang tidak tahu apa sebenarnya susur galur tugas kami. Dengan karenah biokrasinya, dengan karenah student, masalah bersama rakan2, homework yang berlambak2 tidak termasuk paperwork dari BOSS, semuanya perlu diambil kira. Kalau ini yang anda katakan BEST, saya cabar anda untuk melakukan sesuatu!

Saya agak bertuah memasuki dunia kepimpinan mahasiswa universiti seawal sem 2 lagi. Mungkin kerana sudah cita2 seawal 12 tahun, ditambah pula beberapa masalah yang berlaku dikolej kediaman, saya terpanggil untuk menjadi salah seorang dari kabinet yang dibentuk. Dengan pengalaman yang ada sejak dibangku sekolah lagi ..oh tidak~ seawal tadika lagi, tanpa setahun terlepas dari jawatan kepimpinan, saya yakin saya mampu melakukannya... Namun setelah masuk kedalam DUNIA ini, pandangan saya berubah 360 degree..tergamam dan terkejut berada dalam dunia sebenar. Dunia realiti manusia. Ketika ini saya belajar erti ketulusan dan kesombongan, erti penipuan dan keangkuhan, biokrasi yang mencengkam hingga tidak dapat bernafas dan karenah2 org yang sepatutnya yang memeningkan kepala. Saya lihat dengan mata kepala sendiri. Belum lagi dengan isu2 mahasiswa yang "PEDAS" mencengkam kalbu.

Air mata ini pernah tidak henti2 jatuh memikirkan betulkah langkah yang aku ambil untuk menjadi sebahagian dari mereka??? Seawal 2 bulan pertama,pressure yang terjangkau melampaui kesabaran aq sebagai seorang manusia. Kawan2 ketika ini juga ada yang faham ada juga yang memperli keadaan diri.tatkala ini terasa ingin berundur dari kerusi MPP. Namun aq rasionalkan kembali kenapa aq ingin duduk dikerusi ini???..Lain benar pimpinan universiti dari pimpinan ketika matrik dan sekolah. semua yang suci seperti dinodai. Hmmm...tersenyum bila mengingatkan isu ke padang juga turut menjadi isu. ITU hal MASKUM (MAJLIS SUKARELAWAN UNIVERSITI) sesapa pon boleh. Xdinafikan ada juga mereka2 yang hanya goyang kaki pentingkan pelajaran dari itu dan ini. Tepuk dada tanya akal.Akal yang waras bakal memberikan respon yang terbaik dan akal yang tumpul akan menjadi sebaliknya."Berhentilah dari berkata-kata perkara yang tidak2".dan terima kasih atas cemuhan dan peringatan yang diberikan. Ianya memjadikan kami lebih kuat dan lebih alert tentang tugas yang diamanahkan oleh mahasiswa.Dari pihak diri saya sendiri, saya selalu ingatkan diri"menjadi pemimpin sebelah kaki berada di neraka dan sebelah berada disyurga" salah guna kuasa jawablah di akhirat kelak.

Manifesto2 juga turut dikerah oleh presiden setiap kali meeting secara personal atau terang-terangan.Janji-janji bukan hanya taburan, ada yang telah dijalankan semaksima kuasa MPP, tetapi ada diluar batasan MPP dan bermain pula dengan pihak pengurusan.Pimpinan mahasiswa pula bukannya hanya terhenti setiap kali adanya MPP baru yang bakal dilantik, tetapi mereka perlu ada satu sikap dalam diri ianya berterusan,tidak perlu mengutuk dan mencaci cara kerja orang lain.tetapi tegurlah dengan penuh berhemat seperti manusia yang punya akal. Seperti saya katakan sebentar td, semua berbalik pada diri MPP itu sendiri, kalau inginkan glamour,anda akan dapat glamour itu tp hanyalah seketika, setelah semuanya berakhir,hasil kerja anda yg tidak nampak dimata akan menjadi buah mulut terus-terusan.manifesto bukan satu mainan tetapi satu janji yang sah yang perlu dicapai.

p/s: terima kasih atas segalanya. MPP kau menjadikan aq insan yang mengerti erti sebuah perjuangan dan perjuanganku belum selesai






2 comments:

absarlegal said...

Cik Rai,x sangka pandai juga menari,artis yang berkebolehan..Emm,walaubagaimanapun,kenyataan anda langsung tak menafikan dakwaan saya sebagaimana yang saya nyatakan dalam blog saya.Saya tak pernah menafikan kredibilit Mr Press sbg ketua mahupun abg yang anda sayang.Cuma isu nya,transformasi yang dipalu tak pernah berlaku..Itu nama nya PROPA..anda agungkan kehebatan UDm,apakah itu jasa MPP skrg?Sebut pada saya,apa yang dah ditransformasikan? Sebut pada saya apa yang tidak betul pada perkataan yang saya utarakan? Kenyataan saya suatu justifikasi cik rai..jangan fikir saya mahu mencari musuh.Hakikat sepenggal sudah pergi,x sampai beberapa bulan kad kuasa anda mati.Come on babe,x kan x nak tinggal suatu yang boleh anda bangga kan..N one more,jangan jus cakap ada yang tidak betul,tapi cakap,apa yang tidak betul itu...Thanks.

Raihanah Rozaimi said...

thanx...kenyataan anda.tapi saya tetap mempunyai pandangan saya tersendiri terhadap isu ini.