Followers

Wednesday, December 29, 2010

Bola Oh BOla...



Seperti mana yang kita maklum Malaysia telah menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 yang mana telah melonjakkan corak permainan terbaik ke seluruh Asia Tenggara dan membuka mata dunia.. satu pencapaian yang memberansangkan dari skuad muda bola sepak negara. Turut tidak dilupakan jurulatih TULEN malaysia K. raja Gopal yang diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas menjadi jurulatih pasukan bola sepak negara!..tahniah dan syabas kepada jurulatih ini yang membawa mutu permainan yang berkualiti..tanpa jurulatih yang berwibawa seperti beliau maka tidak akan berjaya pasukan negara di mata dunia.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Gelora Bong Karno, Indonesia ini nyata memberikan kelebihan kepada pihak Indonesia kerana bermain ditempat sendiri. Namun semangat dan tekan pasukan negara amat jitu walaupun diberikan hentaman kuat oleh para penyokong fanatik indonesi. Nyata kejadian membentang banner di luar kediaman pemain Malaysia di Indonesia dan tomahan2 berkenaan laser dan ketidakadilan ditepis oleh pemain negara.. Walaupun terpaksa menaiki kereta kebal untuk memasuki stadium, focus mereka masih mantapuntuk menjulang Piala AFF yang menjadi keinginan setelah 14 tahun menanti.

Apa yang membanggakan, pemain2 negara yang beraksi terdiri daripada barisan2 pemuda di awal 20-an...ternyata pemuda memang harapan bangga pemudi tiang negara!! pergh~!!
Minit ke 54, pemain tonggak negara Safee Sali memberikan jaringan pertama dengan bermain seakan2 bersendirian ke gol lawan!..satu larian dan tendangan yg jitu dan cantik dari beliau!
Berbalas jaringan gol Mohamad Nasuha berjaya menjaringkan gol penyamaan dengan Malaysia. Kesilapan kecil dari pemain negara Mohamad Muslim Ahmad mengundang padah apabila memboloskan bola ke dalam gol sendiri... tidak mengapa bagi saye kerana die juga mencerminkan permainan yg hebat!..tahniah Muslim!!!

Tetapi yang menggamit suasana apabila nama KHAIRUL FAHMI tiba2 menjadi sebutan rakyat malaysia dengan ketangkasan beliau menangkis semua tendangan pihak lawan!!.. nampaknye AWEK khairul fahmi tu pon jadi femes dengan tiba2...entry semua pasal fahmi...pergh!!..takut lari ker bf?? hahha..its ok... jaga baik2 time2 camni ramai jer yg nak cantas hehehe...

oklah..berbekalkan kejayaan diorg ni..sedikit sebanyak menyerap dalam sanubari..untuk berjaya sem depan..insyaAllah.. gudluk nana!! gudluk semua!

No comments: