Followers

Friday, November 19, 2010

nota2 terakhir..

jam menunjukkan 11.19 Am waktu malaysia dan 10.19 waktu kemboja... Aq berada di lobi hotel lux, sebuah hotel boleh aq katakan 3 bintang yang terletak di tengah2 bandar phnom penh. InsyaAllah kalau tiada sebarang halangan.. lebih kurang 5 jam lagi aq akan kembali ke tanah air yang tercinta...Sedikit catatan mengenai kemboja... Negara ini merupakan sebuah negara yang ingin membangun kembali setelah zaman era pemerintahan pol-pot..

Kehidupan mereka tidaklah begitu daif..tetapi terdapat jurang antara yang kaya dan yang miskin. Masyarakat islam di sini merupan masyarakat minoriti. 5% daripada 2 juta penduduk di phnom penh.... Hari pertama merupakan hari perjalanan. hari ke 2 hingga hari ke empat, aq dan MPP UniSZA yang lain membawa nama universiti dan Malaysia untuk membantu mereka yang memerlukan di sini. Kami bertapak di sekolah dubai selama 2 hari dan 1 hari di kampung preak pra.. Alhamdulillah semua seperti yang dirancang. hari ke empat kami melawati tempat2 bersejarah...

Sunnguh rasa bertuah lahir selepas era kemerdekaan dan lahir di bumi malaysia... melihat sendiri kekejaman pol-pot membuat hati2 kami insaf dengan keganasan manusia.
Untuk pengetahuan pembaca, pol-pot merupakan seorg yang sgt kejam.. kekejaman nya membunuh hampir semua warga melayu champa dan orang2 yang disyaki bersalah dan mempunyai parti songsang dari pihak mereka...

Apa yang unik disini, sewaktu kekejaman ini berlaku, tentera pol-pot telah mengeluarkan sijil kematian semua mangsa yang bakal dibunuh ketika mereka masih hidup lagi. Mereka akan menggali lubang sendiri untuk kematian mereka...mereka tidak dapat lari kerana jika perkara tersebut terjadi org2 tersyg akan terancam...

Disini terdapat banyak peminta sedekah yang terdiri dari kanak2 dan orang tua.. kanak2 diajar meminta sedekah kepada para pelancong dan orang2 tua yang meminta sedekah ialah terdiri drpada mereka yang terlepas drpd kehidupan kejam. Kaki mereka kebanyakannya tidak ada dan terpaksa berjuang untuk sesuap nasi...

Jalan raya disini dipenuhi dengan motorsikal.. dan hon tidak berhenti.... tiada undang2 diatas jalan... tiada lampu isyarat disemua tempat. Hanya tempat2 tertentu sahaja...seram!! tapi pengalaman yang menakjubkan..

penggunaan wang dollar membuat kami semua seperti kanak2 yang baru belajar erti matawang... mengira matawang untuk membeli barang...

oklah...sampai disini sahaja nota2 terakhir yang sempat dikarang... nak sambung study balik sementara menunggu mereka yang lain bershopping di Central market :)

No comments: