Followers

Friday, November 19, 2010

nota2 terakhir..

jam menunjukkan 11.19 Am waktu malaysia dan 10.19 waktu kemboja... Aq berada di lobi hotel lux, sebuah hotel boleh aq katakan 3 bintang yang terletak di tengah2 bandar phnom penh. InsyaAllah kalau tiada sebarang halangan.. lebih kurang 5 jam lagi aq akan kembali ke tanah air yang tercinta...Sedikit catatan mengenai kemboja... Negara ini merupakan sebuah negara yang ingin membangun kembali setelah zaman era pemerintahan pol-pot..

Kehidupan mereka tidaklah begitu daif..tetapi terdapat jurang antara yang kaya dan yang miskin. Masyarakat islam di sini merupan masyarakat minoriti. 5% daripada 2 juta penduduk di phnom penh.... Hari pertama merupakan hari perjalanan. hari ke 2 hingga hari ke empat, aq dan MPP UniSZA yang lain membawa nama universiti dan Malaysia untuk membantu mereka yang memerlukan di sini. Kami bertapak di sekolah dubai selama 2 hari dan 1 hari di kampung preak pra.. Alhamdulillah semua seperti yang dirancang. hari ke empat kami melawati tempat2 bersejarah...

Sunnguh rasa bertuah lahir selepas era kemerdekaan dan lahir di bumi malaysia... melihat sendiri kekejaman pol-pot membuat hati2 kami insaf dengan keganasan manusia.
Untuk pengetahuan pembaca, pol-pot merupakan seorg yang sgt kejam.. kekejaman nya membunuh hampir semua warga melayu champa dan orang2 yang disyaki bersalah dan mempunyai parti songsang dari pihak mereka...

Apa yang unik disini, sewaktu kekejaman ini berlaku, tentera pol-pot telah mengeluarkan sijil kematian semua mangsa yang bakal dibunuh ketika mereka masih hidup lagi. Mereka akan menggali lubang sendiri untuk kematian mereka...mereka tidak dapat lari kerana jika perkara tersebut terjadi org2 tersyg akan terancam...

Disini terdapat banyak peminta sedekah yang terdiri dari kanak2 dan orang tua.. kanak2 diajar meminta sedekah kepada para pelancong dan orang2 tua yang meminta sedekah ialah terdiri drpada mereka yang terlepas drpd kehidupan kejam. Kaki mereka kebanyakannya tidak ada dan terpaksa berjuang untuk sesuap nasi...

Jalan raya disini dipenuhi dengan motorsikal.. dan hon tidak berhenti.... tiada undang2 diatas jalan... tiada lampu isyarat disemua tempat. Hanya tempat2 tertentu sahaja...seram!! tapi pengalaman yang menakjubkan..

penggunaan wang dollar membuat kami semua seperti kanak2 yang baru belajar erti matawang... mengira matawang untuk membeli barang...

oklah...sampai disini sahaja nota2 terakhir yang sempat dikarang... nak sambung study balik sementara menunggu mereka yang lain bershopping di Central market :)

Wednesday, November 17, 2010

x tertanggung rasa hati...

Ya Allah..hati ini menjerit sekuat hati.... berdosakah aq kerana bersubahat??? Namun apakan daya...segala hujah dipatah bagai ia suatu perkara yang benar...
jalan yang terakhir ialah membenci dengan hati...

Adakah islam ini berbeza mengikut negara dan tmpt kita berada??? mungkin kerana budaya..tp kata2 Allah jelas dalam al-quran, kitab yang kita pandui seluruh umat islam di dunia,,,,

mereka bukanlah org yang tidak tahu agama... sangat2 tahu...tp amat terkejut bila terjebak dengan perkara tersebut...aq terkesima...sangat2...sedih dan pilu..kalau inilah rakan...kalau inilah pemimpin akan datang..bagaimana ingin menjadi contoh...aq sedar diri bukan begitu mulia..namun aq teringin untuk menjadi yang terbaik...

Ya Allah..dihari akhirat kelak.. jgnlah dibabitkan aq dengan perkara yang mereka lakukan.... kerana aq tidak mampu berkata2 tp aq membenci dengan sepenuh hati

Tuesday, November 9, 2010

BUAT INSAN TERCINTA




Kepada adik lelaki tunggal yang tersayang =)....mohd rahimi.

Bukan mudah untuk menjadi seorang lelaki..lebih-lebih lagi seorang lelaki yang penuh amanah dan tanggungjawab dalam kehidupan... seorang lelaki bukan hanya hidup atas kepentingan dirinya sendiri.... dia mempunyai amanah; amanah terhadap ibu bapa, mahram( adik-beradik) dan juga dirinya sendiri. Tetapi bagaimana hendak menjaga amanah yang lain jika amanah diri sendiri tidak dilaksanakan????.....seorang lelaki perlu lengkap ilmu didada...bukan hanya ilmu akhirat, ilmu dunia itu pasti....dunia hari ini memerlukan ilmu untuk Berjaya... Awak sorang jer anak tunggal lelaki dalam family... berat amanah tu... kalau ape2 jadi kat ayah..siapa yang akan jaga family kalau bukan awak sebagai ketua keluarga??? ....

Kita dididik dengan pengetahuan agama yang cukup sejak kecil..tp adakah kite mempraktikkannya dalam dunia hari ini?? Kite tinggalkan persoalan ini untuk renungan diri kite sendiri dan awak gak.. Perlu ingat ...dah berapa tahun Allah beri kita nikmat dalam kehidupan??? Dah berapa tahun kita berada di muka bumi ni??? Ape yang kite dah lakukan untuk diri kite sendiri dan keluarga??? Ape kejayaan yang boleh diberikan pada keluarga??? Ape kebahagiaan yang diri kita dah lakukan untuk ayah dan umi tersenyum gembira?

Fikir... kite bukannye kanak2 lagi untuk selalu bermain dan xberfikir tentang masa depan. Masa berjalan ..dan amat rugi bagi sesiapa yang membazir masa seperti dalam surah Al-Ashr; Ayat 1-3.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Serta menjalankan kebajikan dan menasihati untuk kebenaran dan saling nasihat-manasihati untuk kesabaran”.

Kite semua dah besar. Bile dah besar memang nak buat ape yang kita rasa nak buat. Kadang-kadang kite rasa ape yang kita buat itu adalah terbaik. Itu memang fitrah seorang remaja. Tapi kadang-kadang pandangan orang yang lebih tua dari kita perlu kita ambil kira. Kenapa???..mungkin cara kita berfikir sangat cetek dan keputusan yang kita buat hanya untuk masa itu. Tetapi orang yang lebih tua berfikir jauh kehadapan. Ape yang bakal berlaku; ape yang baik dan buruk....

Kadang-kadang kite rase kite jer betol.Orang lain semua salah. Tapi ingat, Allah jadikan manusia untuk saling melengkapi. Tanpa pandangan orang lain, kita mungkin xkan Berjaya. Jadi hormatilah pandangan org lain.

Awak seorang abang kepada 2 orang adik perempuan. Apa contoh yang awak dah tunjuk pada diorang. Menjadi seorang abang @ kakak bukan atas nama jer.. tapi ia satu tanggungjawab yang besar. Perlu berikan contoh terbaik dari segi percakapan, pergaulan, tingkah laku dan sebagainya. Kerana ape?? Kerana mereka akan mengikuti cara kita. Jadi berikanlah contoh terbaik.

Sebagai lelaki, amanah terhadap pencipta yang paling utama. Macammana nak jd seorg yang Berjaya jika amanah terhadap-Nya x terlaksana. Maka jagalah solat kerana ia tiang agama. Hormat kedua ibu bapa, bukan mudah untuk memelihara seorang anak dari sebesar zarah hingga sekarang. Bukan mudah seorang ibu mengandungkan anak 9 bulan dalam perut dan bukan mudah seorang ayah mencari rezeki untuk menyara keluarga. Hargai semua itu selagi mereka masih ada dimuka bumi. Jangan kita jadi anak yang derhaka yang xtahu mengenang budi. Kita selalu doa moga2 kite semua jadi anak2 yang soleh/solehah dan berguna untuk ayah dan umi satu masa nanti. Ingat!! Allah ciptakan naluri ibu terhadap anak.... kalau anak sakit, menipu, dalam kesusahan... ibu akan dapat merasainya.... jadi jgn igt umi xtahu ape perkara2 yang kita lakukan...kerana umi kan seorang ibu..

Hehe... ape yang kite tulis panjang2 ni?? ....saje..terasa nak bagi nasihat kat diri sendiri n bagi nasihat kat awak..jgn bace jer..ambik masa untuk fikir ape yang kite dah ckp...bukan mudah untuk jadi seorang lelaki... Jadilah seorg lelaki yang taat pada Agama...patuh pada kedua orang tua..menjadi contoh yang terbaik untuk adik beradik...kerana lelaki seorang pemimpin....

K lah..kite nak sambung study....doakan kakak awak yang HOT, COMEL, CANTIK lagi GOJES! Ni dapat yang terbaik dalam exam dier...awak tu study..jgn asik main kereta jer.... doakan untuk keluarga setiap kali solat......

Kalau awak pk study tu susah sampai bile2 awak xkan dapat...kalau awak pk study tu teruk ...awak xkan kemana2 tanpa ilmu. Cube pk...atleast awak masih ade peluang tok belajar..org lain yg teringin nak blaja tp xdapt, pasal xde duit..so bersyukur dan berusaha... Kalau otak kite kata kite boleh...kite tetap boleh.....

Dahla..kite malas nak membebel panjang2.....ikhlas dari kakak awak yang cantik..hahhhahahah