Followers

Monday, June 28, 2010

pening dan runsing..

Ya Allah kau kuatkanlah iman hambamu agar tidak terpesong ke jalan kemungkaran..
Kau didik hatinya agar tekun untuk terus berada dilandasan kebenaran..

Saturday, June 26, 2010

26/6/2010...

salam..coretan ni aq buat koz mata sgt penat...tapi otak kini melayang entah ke mana...xpasti ape yang perlu aq fikirkan..mungkin kerana "jetlag"dan mabuk bas yang panjang membuatkan aq sedikit blur..mana tidaknya hari bangun jam 5 pagi bersiap ke airport tok ke Kl...flight jam 7.25 pagi..sampai di airport KL jam 10 pagi...

dalam kebingunan menaiki AIR ASIA yang sempit dan terkepit dalam kebisingan 3 org student Uni yang aq xtahu mana asalnya dan 2 orang chinese yang berbadan besar..aq tersepit kat tingkat AIRBUS tu...mungkin mood hari ini x berapa baik...oh bukan ..mungkin sejak semalam dan hari2 sebelumnya...rasa nak jerit jer gerls kat blakang tu suruh senyap...tp masih mengawal tatasusila dan sopan santunku..aq terus diam...

lebih baik tidur...bila mata diubuka..terasa nak sangat ke toilet..tibe ketua juru terbang menyatakan kita akan mendarat sebentar lagi, penggunaan toilet tidak dibenarkan... hmmm..terpaksalah tahan sampai ke terminal...
setibanya di terminal, bagasi ku tinggalkan dan perkara pertama yang harus aq lunaskan ialah ke toilet...melihat hiruk pikuk orang membuatkan aq tersenyum sendiri mengingat beberapa memori lalu yang mengusik hati..

setelah perkara yang sepatutnya aq lunaskan tercapai aq kembali ke tempat menuntut bagasi...melihat satu persatu bagasi berputar2..namun tidak kelihatan bagasi milikku...setelah beberapa minit satu bagasi melintasi pandangan mataku...mungkin kerana mamai aq terlepas bagasiku...ape kena dengan aq ni??ku biarkan bagasi terus berputar dan mengambilnya kembali...

huh?? jalan mana yang harus ku ambil untuk ke KL sentral...bermukakan konfiden yang ciplak..aq terus menuju ke kaunter tiket..dari jauh kakak2 dan abg2 penjual tiket berebut2 pelanggan agar syarikat mereka mempunyai pelanggan..sekali lagi aq tersenyum melihat gelagat manusia mencari rezeki....akhirnya aq pilih air bus yang berharga rm8 ke KL sentral.

masa yang diambil ialah satu jam...setibanya di KL sentral..aq menaiki escalator tok ke tingkat atas memandangkan kami diturunkan ditingkat bawah. Tiba2 satu wajah yang amat kukenali...abg nabil!! bekas student udm n mantan mpp dahulu..kami berbual sementara menunggu bapa saudaraku...tepat jam 12.15...BABA datang, aq harus meneruskan kembali perjalanan kerana destinasiku masih jauh...

bertawakkal agar tiket ke terengganu masih ada,aq ke putra untuk membeli tiket...dan akhirnya tiket bas dapat diperoleh... jam 1 petang..bermakna perjalanan akan terus menerus. perjalanan ku teruskan walaupun badan dan mula rasa sengal2 disebabkan kejang duduk berjam2..akhirnya aq sampai di mbkt tepat jam 7.57 malam ...dan tepat jam 8.20 malam...helmi a.k.a abg sepupu ijah datang menjemput aq dan terus ke unisza...

setibanya di unisza..aq terus ke bilik mpp untuk mengambil kunci dan menyimpan barang2..kak ada datang menjemput dan kes di bilik mpp bermula..hahha..apsal aq rasa kekok erk??? jetlag kot...agak rasa mamai dan no feeling langsung..huhuh xske prasaan ni...mungkin kerana dah 2 minggu meninggalkan pejabat..banyak hal yang dah berlaku kot..huhuh....

tp xda sebarang penyesAlan..koz bagi aq setiap benda ada hikmahnya...arghh..mood mana ko pergi?? plis datang balik...sebelum balik sempat menonton 3 suku ketika cinta bertasbih...malam ni kepala aq berputar2 memikirkan masalah2 yang melanda diri...cant sleep...but tired..n rasa nak demam....ku harap esok akan menyingkap tirai baru dalam lembaran diari hidupku...

Sunday, June 20, 2010

Terpanggil Untuk Bersuara




Tatkala jari jemari menari2 di atas keyboard laptop ini, jantung juga tgh giat mengepam darah ke seluruh badan...luar biasa denyutan nadinya..mungkin dek kerana geram, sedih, dan terhiris hati ini..membaca tomahan2 yang bertalu2 sejak kebelakangan ini. Ada kebenaran di sebalik pernyataan2 yang cuba mereka lontarkan. Tapi seperti mana yang kita tahu kebenaran itu pahit untuk ditelan bukan. Tidak semua perkara yang mereka katakan itu benar dan tidak semua tidak benar...

Diri ini terpanggil untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ku sendiri. Bukan kerana tidak puas hati, tetapi lebih kepada ingin memperbetulkan tanggapan mereka terhadap apa yang diperjuangkan. Gambar di atas merepakan pimpinan mahasiswa yang telah terpilih untuk menerajui tampuk pemerintahan universiti untuk kali ini. Mereka yang anda pilih merekalah yang bakal menjalankan tugas (walaupun x semua menang atas tiket undian, tapi inilah yang dipersembahkan). Kali ini pimpinan mahasiswa UDM ataupun kini lebih dikenali sebagai UniSZA diterajui oleh Encik Abdul Rashid Bin Abdul Manaf. Beliau ada karisma yang tersendiri. Mungkin pada awalnya saya agak janggal dengan cara kepimpinan beliau.Tapi setelah sepenggal bersama beliau saya boleh katakan saya kagum dengan cara beliau memimpin kami di kerusi MPP. Beliau juga merupakan seorang abg yang baik dan sentiasa meminta pendapat sebelum sesuatu dilakukan tidak kira MT(Majlis Tertinggi) mahupun exco2. Risau juga di hati ini tinggal beberapa bulan tampuk pemerintahan kami akan berakhir; tapi percayalah kami tidak pernah menganggap kerusi MPP yang kami duduki ini dijadikan kerusi untuk bersenang lenang. Jika ada MPP yang seperti ini, pasti mr pres akan memberikan tugasan untuk menggerakkan jentera yang kian mundur.

Tapi satu perkara yang perlu anda fahami, mereka juga manusia yang ada emosi dan ego yang tersendiri. Selama menjadi seorang MPP, berbagai karenah yang dapat saya lihat. Ada yang bekerja dengan sepenuh hati dan ada juga seperti melepaskan batuk di tangga. Itu semua berbalik pada diri pemimpin masing-masing. Jika mereka rasakan mereka selesa dengan kerusi yang mereka duduki sekarang(secara rela atau tidak) suatu kesenangan, maka jawaplah persoalan2 yang bakal di ajukan oleh mahasiswa diluar sana. Mahasiswa juga perlu faham, menjadi seorang MPP bukan sahaja menjaga kebajikan mahasiswa semata-mata. Kami juga bertanggungjawap untuk memperkenalkan dan menaikkan nama Universiti di setiap persidangan/kursus yang dijalankan dan pastinya ini bukan kerja yang mudah.

Ingin saya kongsikan pengalaman ketika berada dimeja bulat sewaktu perbincangan 3 penjuru antara universiti #$^#^#%^,^$&$&$&, dan UDM. Rata2 dari mereka kagum dengan pencapaian universiti kita. Masalah mahasiswa mereka agak kronik jika dibandingkan dengan kita. . . Berbagai isu yang dibangkitkan dan jika dibandingkan isu-isu mahasiswa kita dgn mereka,isu kita hanya kecil tapi diperbesarkan seolah2 masalah yang amat besar.
Teringat kata-kata Menteri Pengajian Tinggi, Dato Khaled Nordin sewaktu menghadiri "Rakan Integriti Mahasiswa" di Putrajaya, Pimpinan Mahasiswa bukan hanya perlu ambil tahu isu domestik kampus semata-mata(kebajikan pelajar) tetapi perlu alert dengan keadaan semasa dan menjadi suara dari pihak mahasiswa. Isu seperti pembuangan bayi,judi bola,seks bebas dalam kalangan remaja, semua isu itu perlu difikirkan penyelesaiannya. Jangan kata kami goyang kaki sahaja. Sebab itulah "hanya pemimpin yang memahami pemimpin". Tetapi tetap juga bukan semua. Ada yang setelah menjadi mantan, lebih kuah dari sudu, mula mempersoalkan kerja itu dan ini. Tetapi seperti yang saya katakan tadi tidak semua, masih ada yang sanggup membantu memberikan tunjuk ajar dengan sepenuh hati.

Isu kesana-sini turut menjadi perbualan hangat mahasiswa. Pelik betul pemikiran mereka kadang-kadang kan. Setiap perjalanan kami membawakan isu-isu anda dan juga mahasiswa MALAYSIA khasnya
."KALAU MACAM TU NEXT SEM AQ NAK JADI MPP LA<>. Inilah antara kata2 ramai teman2 atau sahabat2 MPP yang tidak tahu apa sebenarnya susur galur tugas kami. Dengan karenah biokrasinya, dengan karenah student, masalah bersama rakan2, homework yang berlambak2 tidak termasuk paperwork dari BOSS, semuanya perlu diambil kira. Kalau ini yang anda katakan BEST, saya cabar anda untuk melakukan sesuatu!

Saya agak bertuah memasuki dunia kepimpinan mahasiswa universiti seawal sem 2 lagi. Mungkin kerana sudah cita2 seawal 12 tahun, ditambah pula beberapa masalah yang berlaku dikolej kediaman, saya terpanggil untuk menjadi salah seorang dari kabinet yang dibentuk. Dengan pengalaman yang ada sejak dibangku sekolah lagi ..oh tidak~ seawal tadika lagi, tanpa setahun terlepas dari jawatan kepimpinan, saya yakin saya mampu melakukannya... Namun setelah masuk kedalam DUNIA ini, pandangan saya berubah 360 degree..tergamam dan terkejut berada dalam dunia sebenar. Dunia realiti manusia. Ketika ini saya belajar erti ketulusan dan kesombongan, erti penipuan dan keangkuhan, biokrasi yang mencengkam hingga tidak dapat bernafas dan karenah2 org yang sepatutnya yang memeningkan kepala. Saya lihat dengan mata kepala sendiri. Belum lagi dengan isu2 mahasiswa yang "PEDAS" mencengkam kalbu.

Air mata ini pernah tidak henti2 jatuh memikirkan betulkah langkah yang aku ambil untuk menjadi sebahagian dari mereka??? Seawal 2 bulan pertama,pressure yang terjangkau melampaui kesabaran aq sebagai seorang manusia. Kawan2 ketika ini juga ada yang faham ada juga yang memperli keadaan diri.tatkala ini terasa ingin berundur dari kerusi MPP. Namun aq rasionalkan kembali kenapa aq ingin duduk dikerusi ini???..Lain benar pimpinan universiti dari pimpinan ketika matrik dan sekolah. semua yang suci seperti dinodai. Hmmm...tersenyum bila mengingatkan isu ke padang juga turut menjadi isu. ITU hal MASKUM (MAJLIS SUKARELAWAN UNIVERSITI) sesapa pon boleh. Xdinafikan ada juga mereka2 yang hanya goyang kaki pentingkan pelajaran dari itu dan ini. Tepuk dada tanya akal.Akal yang waras bakal memberikan respon yang terbaik dan akal yang tumpul akan menjadi sebaliknya."Berhentilah dari berkata-kata perkara yang tidak2".dan terima kasih atas cemuhan dan peringatan yang diberikan. Ianya memjadikan kami lebih kuat dan lebih alert tentang tugas yang diamanahkan oleh mahasiswa.Dari pihak diri saya sendiri, saya selalu ingatkan diri"menjadi pemimpin sebelah kaki berada di neraka dan sebelah berada disyurga" salah guna kuasa jawablah di akhirat kelak.

Manifesto2 juga turut dikerah oleh presiden setiap kali meeting secara personal atau terang-terangan.Janji-janji bukan hanya taburan, ada yang telah dijalankan semaksima kuasa MPP, tetapi ada diluar batasan MPP dan bermain pula dengan pihak pengurusan.Pimpinan mahasiswa pula bukannya hanya terhenti setiap kali adanya MPP baru yang bakal dilantik, tetapi mereka perlu ada satu sikap dalam diri ianya berterusan,tidak perlu mengutuk dan mencaci cara kerja orang lain.tetapi tegurlah dengan penuh berhemat seperti manusia yang punya akal. Seperti saya katakan sebentar td, semua berbalik pada diri MPP itu sendiri, kalau inginkan glamour,anda akan dapat glamour itu tp hanyalah seketika, setelah semuanya berakhir,hasil kerja anda yg tidak nampak dimata akan menjadi buah mulut terus-terusan.manifesto bukan satu mainan tetapi satu janji yang sah yang perlu dicapai.

p/s: terima kasih atas segalanya. MPP kau menjadikan aq insan yang mengerti erti sebuah perjuangan dan perjuanganku belum selesai






Tuesday, June 8, 2010

HARGA SEBUAH PENGALAMAN

(ketika di rumah gadang)
dalam puluhan anak2 kecil itu aq terselit dek kerana tiba2 menjadi pengarah untuk sukan anak2 di ampek lingkuang. pengalaman menguruskan anak2 ratusan orang. sangat manis....
Penyerahan hadiah oleh prof Mahzum, dari UPNM kepada pemenang.
Masjid Ampek Lingkuang merupakan tempat kami diberikan tugasan untuk melakukan kerja bakti sosial
adunan cat dibuat terlebih dahulu sebelum proses mengecat dimulakan (fadhli)
Salah satu kesan rumah yang retak kerana gempa bumi yang berlaku september lepas
Buku program sewaktu kami ke Indonesia yang disediakan oleh abg rahmat
teman2 dari malaysia dan indonesia berkumpul untuk sesi fotografi yang akan disiarkan di Berita Harian
Maaf teman2, sudah lama tidak Update blog..sangat sibuk berprogram.. Cuti kali ni ialah cuti yang amat bermakna untuk insan yang bernama NUR RAIHANAH BINTI MOHD ROZAIMI..

Tika ini semua masyarakat dunia digemparkan dengan isu membantu masyarakat Palestin melalui kapal bantuan dengan adanya sukarelawan seluruh dunia. Mungkin saya tidak dapat ke GAZA, tapi apa yang dapat saya lakukan ialah membantu masyarakat Indonesia yang terkena gempa pada september yang lepas. Kami sukarelawan mahasiswa IPTA seluruh negara telah berangkat ke Padang, Indonesia pada 2 jun 2010 dan berangkat pulang ke Malaysia pada 7 Jun. Walaupun dalam waktu yang amat singkat, hanya 6 malam; tetapi sebuah pengalaman yang amat sukar untuk di lupakan oleh semua peserta Majlis Sukarelawan Mahasiswa (MASKUM) untuk program Meniti Sinar Kasih (MERSIK)..

Kami di kumpulkan di UTM IC, untuk taklimat program pada 1 jun 2010.. sesi suai kenal diadakan bagi mengeratkan hubungan yang bakal terjalin antara mahasiswa dari malaysia sendiri. Kami berangkat ke Padang pada 2 jun jam 7.45 pagi. Yang peliknya kami sampai di sana jam 8 pagi. Jam harus ditukar waktunya kerana masa di Indonesia lewat satu jam. Setibanya kami di Lapangan Terbang Minangkabau, kami terus ke Lamun Ombak, salah sebuah restoran terkemuka di daerah Padang, Indonesia.

Pengalaman menaiki bas UNIVERSITAS ANDALAS(UNAND) merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pintu bas tidak di tutup ketika perjalanan ke mana sahaja. satu pengalaman yang menarik. Tambahan pula, orang dan bagasi turut berada dalam satu tempat. Macam ikan masin jadinya. Setibanya di UNAND, kami disambut oleh mahasiswa di sana dengan mempersembahkan tarian minang dan beberapa tarian lain. Majlis diskusii antara mahasiswa dari malaysia- indonesia turut diadakan.

Hari pertama, semua sukarelawan MERSIK menginap di hotel,(tp bukan hotel seperti di malaysia) keesokan harinya kami diberi taklimat dan majlis perasmian diadakan di UNAND, pada lewat petang,kami ke kampung Parit Malintang untuk menghadiri majlis khatam Al-Quran oleh anak2 kampung. majlis amat meriah walaupun hujan turun dengan lebatnya.

Kemudian peserta MERSIK yang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan menuju ke tempat masing. Sebahagian ke Ampek Lingkuang dan sebahagian lagi ke Tahpuz, namun jarak hanyalah 30 minit dari tempat masing2.

Sy bersama teman2 yang lain ke ampek Lingkuang untuk kerja2 pembersihan masjid dan acara bersama2 anak2 kampung yang lain. Berbagai tugasan yang kami lakukan, mengecat, membersihkan dinding masjid, dan bermacam lagi. Disamping itu jalinan ukhuwah antara mahasiswa indonesia-malaysia dapat di jalin.

Selama 3 hari kami di tempat masing-masing, banyak kenangan yang dicipta bersama, pernah x rasa Teh Telur, Pisang Bakar dan berbagai makanan yang bukan kebiasaan di cuba oleh mahasiswa dari malaysia. Rasa bersyukur sudah tentu dipanjatkan pada yang maha ESA kerana lahir dibumi malaysia, pernah x lihat tandas tidak berpintu?? surau dicampur antara lelaki dan perempuan, penyelenggaraan yang tidak sistematik.. namun ada yang patut dicontohi oleh masyarakat malaysia, sebagai exco alam sekitar dalam MPP, penggunaan polistren tidak langsung digunakan semasa kami berada di Indonesia, pek makanan ialah kotak..sangat cantik, walaupun makanannya kesemuanya amat pedas.

walaupun hanya 6 malam bersama mereka, kerinduan pada Indonesia tetap dihati, kangen bangat sama kamppp aziz, irwansyah,elga, rizki dan lain2.. oh Ya pengalaman bagi diri sendiri yang x dapat dilupakan ialah melihat proses khatan dari awal hingga akhir. Kecut jugak perut melihat proses khatan ni..banyaknya darah x terkata..huhuh..tp sebagai salah seorang pelajar di fakulti perubatan dan sains kesihatan saya berasa bertuah kerana terdedah dengan hal2 sebegini..alhamdulillah semua sudah selesai..kerja kami sebagai sukarelawan di indonesia membuahkan hasil

Bagi mahasiswa malaysia tidak ada rasa lain selain syukur yang tidak terhingga kerana lahir di bumi malaysia. Di Indonesia , saya punya teman namanya Aziz,dia mengajukan soalan, kenapa rakyat malaysia memanggil rakyat indonesia INDON?? pada awalnya sy amat tergamam,kerana telah menjadi kebiasaan bagi kita bukan..tp hakikatnya mereka tidak suka dipanggil sebegitu, saya hormat pendirian beliau, kerana mereka rakyat INDONESIA.

Saya titipkan gambar2 kenangan ketika berada di sana..moga terhibur