Followers

Tuesday, May 17, 2011

at lcct

CURRENTLY AT LCCT WAITING FOR FLIGHT TO SINGAPORE... WEEEEHOOO.. PERSONAL MISSION WILL START HERE... I WILL SHARE MY EXPERIENCE AT THIS LION CITY.. BYE2 MALAYSIA FOR A WHILE

Sunday, May 15, 2011

Hati

Nikmat apabila hati ini bersih, tidak dimiliki oleh insan yang tidak halal memilikinya
Jiwa ini berikan sepenuhnya kepada yang MAHA ESA....
teguh bak batu2 lautan yang masih disitu biar apa pun yang berlaku...
=)

Friday, May 13, 2011

Mode: Xpercaya!!!!



ok..assalamualaikum*sepak muka sendiri*..

ape yang xpercy sgt?? argh!! memang xpercaya..

tgh duduk2 usha2 fb..koz pemalas nak gerak, g mandi..
suddenly............

i ternampak satu profile.. "married to".........
arghhhhhhhhhhhhh..giler x percaya!!!

xdela betol2 married..but they couple??? on earth xpercaya!!
we've been in one school... satu SEKOLAH RENDAH KOWT!!

and they sampai sekolah menengah la..

but ...dah la the GUY i slalu sakat koz xleh pronounce "R"..hahhah

argh!!*lempang2 pipi yang gemok lagi*

patotla something fishy jer..tgk diorg reply2 msg kat fb...huh!
its ok la!... i hope u guys sampai kawen :)) weeeeeeeeeeeeeehooooooo




didie irwandie & idayu abd hamid..

p/s: mendapat undangan perkahwinan yang tidak putus2..erkk..ramainye org kawen... kakak saye bile?? muhauahuah

hari yang indah...

xsampai seminit lalu..msg masuk...
Kul 3 pagi akan ke kelantan.. pergi meminang...

p/s: erk?? nak kawen?? as long as you happy

Terkurung.. mengurungkan diri...tapi bukan menyepi...
sedar dari tidurku..lantas tangan ini membuka "facebook" melihat apa yang sepatutnya dilihat.. nothing special..tutup balik...

Jadual hari ini simple:

1) Khatam Kembar Siang The Movie
2) 3 episod JUVANA
3) setengah episod LU PIKIR LA SENDIRI THE MOVIE
4) sedang menghabiskan witch yoo hee...

Satu benda yang BARU sedar..jadual bulan MEI sgt padat!!

bermula dari;

7 mei : habis exam..
8 mei- 10 mei : Dinner fakulti dan kursus pengendalian organisasi
11 mei-12 mei: Masuk pejabat menguruskan siswa/i sabah yang terlepas flight.. berhadapan dengan pihak pengurusan uni yang tidak mahu mengambil tanggungjawab diatas kesilapan... dan terus berjumpa pihak yang lebih "ATAS" untuk memperjuang hak mahasiswa/i. Alhamdulillah.. dapat menemui jalan penyelesaian.

15 mei: meeting dengan pihak pengurusan universiti untuk minggu mesra siswa (diploma)
16 mei-17 mei: Berada di KL "meet up friend from SABAH"
18 mei: bercuti di singapura
19 mei-22 mei: PARLIMEN MAHASISWA IPTA di USM penang
23 mei-25 mei: persiapan MMS
25 mei: LAWATAN kunjung hormat MPP UniSZA-MPP UMT
26 mei: persiapan MMS
27-29 mei: HIMPUNAN BELIA SATU JUTA di PUTRAJAYA
30mei-1 Jun: Persiapan MMS
1-3 Jun: MEETING MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
4-6 Jun: persiapan terakhir MMS
6-11 Jun: MMS berlangsung......

pastu??? ade lagi kerja2 menanti... tp exact work belom tahu lagi...

p/s: kepada diri sendiri..sile kuatkan semangat..kerana ini jalan hidup yang kau ambek!!

p/s 2: dok layan2 movie...report MPP tok sebarkan kat student xsiap lg, surat penghargaan perlantikan pegawai baru UniSZA xde lagi... siapkan cepat..nanti ISA kol tanye dah siap ker?? OPS!! xnak angkat fon slagi xsiap..hahahaha

Thursday, May 12, 2011

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Layan Emo...

10.12 malam...
tunggu cik amal hantar cerita mihrab cinta... xsampai2.. grrr.. main FB..bosan!..tgk blog..malas nak bace...tgk utube...xde mende best... buat laporan kunjung hormat MPP ke PTJ2 untuk student... penat..dah 4 page dah..nak muntah2 menaip..macam assgmnt plak..

bile dok sorang2 mula la nak layan emo.. emo2 cinta2 bengong.... aq cinta dia?? argh! x..rasenyer dah x...cuma kadang2 bila rasa kosong mula la rasa jiwa2... cit... rindu?? mungkin... tp bila msg masuk secara tiba2 dan orang itu adalah orang itu..feels like speechless..hambar boring...dah xrasa happening...tawar...dah xmanis macam dulu...nak borak pown rase x seronok... so??? abaikan...biar msg x berjawap....

jahat?? aq memang jahat pown..baru tahu ker?? muahuahuahu...... sekarang ni yang paling penting study MPP dan kawan2 baik... hati dah menjadi trauma..bosan..boring dengan relationship!.. next... today approach again by insan2 berdekatan.. hmm...hati saye tawar...xpayah tanye...hehhe.....

dah la nak guling2 atas katil

Tuesday, May 3, 2011

Message :)

Lately ni hp asik berbunyi dengan riang gembira...almaklumlah...YB cabok... nak dekat2 cuti ni memang macam ni.. macam2 masalah s2dent yang harus disettlekan.. tp..tu bukan main point..

Main point nye ialah saye sangat2 sakit hati kalau message tidak dibalas tanpa alasan yg kukuh.. huhu.,..ingt nak bg msg tu senang2 tanpa reason?? maybe ade yg bagi alasan xde kedit, bz , hp rosak bla2... tp kalau msg tu dah dihantar 2-3 kali..ertinya msg tu sgt2 penting...perlukan pemerhatian segera..

kalau ye pon..bz.. just text sy bz,nanti akan follow up balik.at least ade PERKEMBANGAN komunikasi di situ..ini x..buat aq tertanya2... ternanti..durian xruntuh2..kalau durian xpe gak!..cedap... ha lagi satu kalau manusia2 ni x balas msg..rase risau tu dah menggunung tahap cipan...anything happen to him/her??....dier sihat or sakit?? grr...tolong la kawan2..miss raihanah ni ade syndrome sangat2 susah hati terhadap kawan2 yg dier cayang if buat hal..grr...exam2 ni..xyah nk tmbah kusut pala ade ....

till then....OPS!!!

lupe... bgn pagi dgn penuh rase gembira koz dapat msg dari member lama kat matrik...setelah dimsg berkali2..eh! ko idop rupenyer...tenang sket hati ni...plus2 cihat!..bagos~~ dah2 nak buka note pemakanan kesihatan lak! :)

Monday, May 2, 2011

'Ohana means family, family means nobody gets left behind. Or forgotten.



Assalamualaikum...*tarik nafas dalam2*
Dah lama x post entry kat blog...agak2 dalam 6 minggu dari tarikh update publish blog yang lalu :) Phew....apa khabar?? hehe..hope anda semua sihat...sesihat saye juge... :)

The purpose of this entry is dah terSTATE kat title tu.. "OHANA"..
lately i was soo buzy doing a lot of thing..but i still manage to give a space for my self to on9 everyday :)..actually xpernah off pon internet here..but lately damn lembab!...so xsemestinya nampak on9 ade depan meja k :)

tu baru mukadimah.. *picit jerawat kat pipi yang baru nak timbut* grr...

Bile kite bercakap tentang family, mesti dah ramai yang terbayang ayah, umi, kakak , adik-adik kat kampung halanman kan?? hmm..sabar2..pada mereka yang masih bersisa-sisa paper exam tu..kawal kerinduan anda..focus pada paper..sesungguhnya our family hantar kita kat sini for us to study right?? so sabar...

Bila kita lihat muda mudi sekarang yang macam2 pe'elnya.. saye terbayang..is it the way ibu bapa dier ajar dier???.. hm.. tapi cannot simply buat conclusion like that, because sometimes peers juga memainkan peranan penting mempengaruhi perwatakan seseorang tu.. TAPI sejauh masa pon rakan2 pengaruhi untuk buat sesuatu perkara.. AKAR pada individu itu ialah KELUARGA... macammana seseorang itu diasuh dari sebesar dukungan tangan hingga sebelum dilepaskan ke sekolah2 berdekatan .. :)

Jika asuhan itu baik..insyaAllah sejahat dan sejauh mana pon perangai individu itu berubah..saye yakin dan pasti dia akan kembali:). . Mungkin kita ramai kenalan, tapi xakan ada seorang pon kenalan tu yang betul2 tahu siapa anda..ape perangai baik dan HODOH anda..selain dari family... try deny???.. up to you.. but this is the fact!. So bila kita ada masalah, walaupon kite cerita gile2 ngan member, akan sampai satu tahap... member akan boring or penat nak dgr.... tp family?? ayah?? sentiasa disisi walau apepon..sentiasa bagi semangat, dorongan dan percikan api yang membara *chewah*...

Kadang2 insan sekeliling kita banyak yang berlagak baik dengan diri kita. Lagi2 bile ade nama, ade rupa ada harta... tp sanggup x terima kita kalau hodoh, xde rupa, xde harta?? payah~ tp family... accept each other soooo well..

Bila tgk remaja sekarang yang ramai ROSAK dan mula BERGAUL BEBAS tanpa merasakan sedikit kesalahan yang mereka lakukan, saye rasa kesal. Adakah didikan dari ibu bapa mereka??hm... makin ramai anak2 adam yang sesat... yang islamnya tidak malu untuk mempamerkan gambar berpegang tangan, berpelukan di khalayak ramai.. satu persoalan..BANGGA KAH mereka??..adakah didikan dr kecil mereka sebegini? atau faktor latar belakang family yang agak bebas??..* tarik kerusi dekat sket, semangat berkobar2 menaip!*

Hobi melihat tingkah laku manusia ni dah lama dah... seronok!..anda boleh lihat sekental mana jiwa dan sekuat mana seseorang itu semestinya dari background family yang kuat mentalitinya.. sebagai contoh kisah nasi ismail dan ibrahim sewaktu nabi ibrahim diperintahkan untuk menyembelih anaknya...

"
Nabi Ismail menjawab: “Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. Insya-Allah ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar, iaitu terhadap apa yang diperintahkan kepada ayah untuk menyembelih aku.”

Kuatkan jiwa anak muda ni...kerana latar belakang familynya yang taat pada perintah Allah. Tapi kini..ramai ibu bapa yang berlumba2 untuk menjadikan anak mereka penyanyi, penghibur tanpa memberikan kekuatan pada rohani anak2 itu sendiri dengan perkara asas iaitu solat.. jika solat itu teguh, maka yang lainnya InsyaAllah akan berjalan dengan lancar..



Suddenly tibe2 terfikir pasal ashraf muslim:)..oh tidak!! sudah bertunang disitu... dengan siapa?? tentulah dengan insan yang baik..mempunyai perawakan yang manis dan solehah dari zahirnya..Tapi bila pikir2 balik.. ashraf muslim waktu jadi artis xdelah sgt2 "sopan".* bukan mengumpat ea...teruja!!*..tp dier dah banyak berubah dan kini dah pon jadi pengamal perubatan islam.. gud2.. kerana asal family dier pown dari keluar yang baik2...so pada akhirnya pon insyaAllah jalan itu pasti akan dipilih jika AKARNYA kuat..

Teringat waktu kecik2..umi dah warning awal, g sekolah jgn gatal2..g sekolah belajar...siapkan homework...bla2...kalau ikut hati dulu asik igt mak2 ngan ayah kite ni asik membebel kan.. tapi bila dah besar baru dapat rasa..kalau diorg xmembebel macamtu kita xkan jadi manusia yang berguna. *jerawat sakit balik. pheww..tym2 nak dinner fakulti ni la ko nak muncul!*

Tapi bagi mereka2 yang xpunya ayah atau ibu sekarang ni.. saye amat berbangga dan teruja melihat mereka gigih dan tabah mengharungi hidup tanpa insan2 yang saye gelar pendokong kuat hidup ini. Kalau saye, saye masih tidak mampu untuk hidup tanpa ayah ngan umi... so doa la banyak2 supaya usia ibu bapa anda dipanjangkan.Kerana Allah itu maha mendengar.. Bagi yang xpunya ibu bapa..sedekahkan Al-Fatehah pada mereka..moga2 dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman...

Sesungguhnya penangan didikan itu amat kuat dalam diri setiap individu :) * ambik krim jerawat...bubuh!*

raihanah rozaimi :)