Followers

Friday, December 24, 2010

DOKTOR ;)


identiti dirahsiakan...ninja turtle..2-2 ekor!!!.hahha..member dlm praktical...

biarpon dier ni sewel dan senget~ hakikatnyer dier bakal DR ok... fazz~~ (as if dier tahu aq cilok gmbar dier..jan marah)

this is mimie...hik2..skinny DR..n goin too be more skinny soon.. blurk~~

DOKTOR!!
penting kan diorg ni dlm hidup..
tp xsemuanya baik dan jalankan tugas yg konsisten sampai akhir hayat diorg..
diorg might be boring keep doin the same thing..
but in my real life i really appreciate doctor...

lagi2 doktor melayu dan islam..koz doktor masih kurang kot kat malaysia..
hmm..igt lagi hampir ke mesir dan msu hanya semata2 for med cos... tp semuanya x jadi..
rezeki lebih kepada dietitian... who says that im not being thankful??? really!!! im being thankful soooooooooo much.. if im not soon to be dietitian...i cant achieve my other trilion ambition...hahhaha...

but... i really envy dr.. i got ramai kawan2 yg bakal dr...hmmm...gud for them... n time sekolah pown "rapat" dengan budak2 pandai yg akhirnya belajar medic nunnnnnnnnnnnnn jauh kat bumi anbia...bukan bumi anbia jer...dublin, australia, rusia...bla..bla..bla...
but im really thankful koz ade kat malaysia... sarangheyo malaysia!!!

hmm... dr2.... suke tgk dr kerja.. eventhough diorg kadang2 xde masa dgn diri sendiri.. tp diorg still buat yg terbaik tok org lain... mulia kan diorg... macam cikgu2 gak...

apelah aq melalut ngah2 pagibute ni erk...dah kol 4 pagi di hari xmas!! merry xmas to all my non muslim friend...i miss u!! tomorrow we meet ok..hang out tomorrow..

currently ade 1 episod nak habiskan playfull kiss..ngeh2 seung jo DR!!! giler ensem dr camni...hahhaha ...tpdalam realiti ade ke dr hensem camni?? macam species terancam jer...
hahhaha..xperla..eventhough i cant be a dr..i love that profession soooooooo much.. thanx DR!

Monday, December 20, 2010

Seindah senyuman



oohh cik cartoon...i jeles ngan u~... setiap kali tgk ...agak teringin... tp byk sgt setan2 kat kepala ni ...... sabar yer cik cartoon...kite berubah sikit2... tp bila agak2 dah dapat rentak..mesti xlama... haish~~ke memang xboleh?? ke memang payah sgt..hahha...

Saturday, December 11, 2010

Mimpi ngeri!

malam tadi x semena mena... aq mimpi!! mimpi result!!
sebenarnyer dah memang lama takowt pasal result...n dekan macam dah jauh dari sasaran..lagi2 dibuktikan dengan mimpi........aish~~~ xperlah..mungkin ini suratan bukannya kebetulan... raihanah..your aim dah lari!! sile betolkan otak balik!...reset ape2 yg patot... walaupon dah buat yg terbaik tok sem ni...idk whats gonna happen next..terok sgt ker aq erk?? haish~~
mimpi semalam betol2 buat aq xleh nak survive ari ni~~ bencii.. xpelah... apepown...semua dah jadi kan..xleh nak regret..for the time being itu yg i can give... but doesnt mean i xpandai kan... its ok.. dont have to compare your result with them... u have your own ability n they have their own to..plus mungkin rezeki lebih memihak tok mereka.. its ok~~..kita lakukan yg terbaik ea..next sem!.. belajar dan fahami =))

Saturday, December 4, 2010

Memori 8 bulan... kepedihan 3 bulan..


nota 1

Dear diary..huhhu chewah!...hujan turun dengan lebatnya... hati ni berbaur dengan seribu satu perasaan.. sedih, gembira, marah, geram, lawak..semua menjadi satu..tapi dari semalam aq masih terfikir macammana aq boleh gila determine buat that perkara..memang berani mati... ape motif aq buat macam tu?? Hmmm... mungkin kerana geram dengan masa silam.. Kadang2 walaupon redha dengan ape yang telah terjadi , hati ni betul2 rasa sedih dengan ape yang terjadi.. salah aq ke?? Hendak menyesali erti sebuah pertemuan... salah ke untuk menjadi setia dan baik?? Akhirnya berakhir dengan sebuah penipuan dan kesakitan.. pergh! Memang sakit... hari demi hari kebenaran telah terserlah...bukti2 dan fakta membuatkan aq rasa sgt2 takowt untuk berhadapan dengan semua ni... namun aq tahu hidup ini masih panjang... byk lagi kisah2 yang bakal berlaku.. namun untuk kisah atau jalan cerita seperti ini berlaku lagi... mungkin tidak... rasa bersalah turut menyelubungi diri ini bila berniat untuk melakukan sesuatu untuk sebuah pembalasan.. x adil!.. lalu..perasaan redha itu kembali menyelubungi diri... biarlah memori2 semalam menjadi memori yang terindah namu biarlah dijadikan pengajaran. Biarlah islam itu dijadikan landasan yang pasti..agar semuanya diredhai...

nota 2

i try to lie... i try to hide... i try to forget.. i try to replce.. i try to play... but the moment i done all of that.. it really make me sick.. how stupid n fool i am...STUPID! n damn stupid!... YA ALLAH..sakit... sakit sgt hati ni....n really dont know why... Perlu ker insiden tu bagi kesan yang mendalam tok diri ni?? perlu ker diri ni berubah just because of insiden tu..x adil2...sgt x adil!

Saye benci diri sendiri skunk..koz buat benda2 yang sebenarnyer saye xsuke nak buat..tp saye buat tok lupekan insiden tu... YA ALLAH tiap kali diri ini sujud...aq berharap perkara itu berlalu..namun kesannya masih bersisa hingga hari ni....kalau ade cara tok ilangkan semua igtan pada insiden tu.. and i will do that!

Qada dan qadar itu pasti.. YA Allah..is it take more time to heal..because it really damn hurt... and im sick of that...

nota 3...

its ok... dah lepas pown... i wont repeat the same mistake.. n trust me i loose trust!.. but i still can smile...because that memory really make me somebody...thanz!

Friday, November 19, 2010

nota2 terakhir..

jam menunjukkan 11.19 Am waktu malaysia dan 10.19 waktu kemboja... Aq berada di lobi hotel lux, sebuah hotel boleh aq katakan 3 bintang yang terletak di tengah2 bandar phnom penh. InsyaAllah kalau tiada sebarang halangan.. lebih kurang 5 jam lagi aq akan kembali ke tanah air yang tercinta...Sedikit catatan mengenai kemboja... Negara ini merupakan sebuah negara yang ingin membangun kembali setelah zaman era pemerintahan pol-pot..

Kehidupan mereka tidaklah begitu daif..tetapi terdapat jurang antara yang kaya dan yang miskin. Masyarakat islam di sini merupan masyarakat minoriti. 5% daripada 2 juta penduduk di phnom penh.... Hari pertama merupakan hari perjalanan. hari ke 2 hingga hari ke empat, aq dan MPP UniSZA yang lain membawa nama universiti dan Malaysia untuk membantu mereka yang memerlukan di sini. Kami bertapak di sekolah dubai selama 2 hari dan 1 hari di kampung preak pra.. Alhamdulillah semua seperti yang dirancang. hari ke empat kami melawati tempat2 bersejarah...

Sunnguh rasa bertuah lahir selepas era kemerdekaan dan lahir di bumi malaysia... melihat sendiri kekejaman pol-pot membuat hati2 kami insaf dengan keganasan manusia.
Untuk pengetahuan pembaca, pol-pot merupakan seorg yang sgt kejam.. kekejaman nya membunuh hampir semua warga melayu champa dan orang2 yang disyaki bersalah dan mempunyai parti songsang dari pihak mereka...

Apa yang unik disini, sewaktu kekejaman ini berlaku, tentera pol-pot telah mengeluarkan sijil kematian semua mangsa yang bakal dibunuh ketika mereka masih hidup lagi. Mereka akan menggali lubang sendiri untuk kematian mereka...mereka tidak dapat lari kerana jika perkara tersebut terjadi org2 tersyg akan terancam...

Disini terdapat banyak peminta sedekah yang terdiri dari kanak2 dan orang tua.. kanak2 diajar meminta sedekah kepada para pelancong dan orang2 tua yang meminta sedekah ialah terdiri drpada mereka yang terlepas drpd kehidupan kejam. Kaki mereka kebanyakannya tidak ada dan terpaksa berjuang untuk sesuap nasi...

Jalan raya disini dipenuhi dengan motorsikal.. dan hon tidak berhenti.... tiada undang2 diatas jalan... tiada lampu isyarat disemua tempat. Hanya tempat2 tertentu sahaja...seram!! tapi pengalaman yang menakjubkan..

penggunaan wang dollar membuat kami semua seperti kanak2 yang baru belajar erti matawang... mengira matawang untuk membeli barang...

oklah...sampai disini sahaja nota2 terakhir yang sempat dikarang... nak sambung study balik sementara menunggu mereka yang lain bershopping di Central market :)

Wednesday, November 17, 2010

x tertanggung rasa hati...

Ya Allah..hati ini menjerit sekuat hati.... berdosakah aq kerana bersubahat??? Namun apakan daya...segala hujah dipatah bagai ia suatu perkara yang benar...
jalan yang terakhir ialah membenci dengan hati...

Adakah islam ini berbeza mengikut negara dan tmpt kita berada??? mungkin kerana budaya..tp kata2 Allah jelas dalam al-quran, kitab yang kita pandui seluruh umat islam di dunia,,,,

mereka bukanlah org yang tidak tahu agama... sangat2 tahu...tp amat terkejut bila terjebak dengan perkara tersebut...aq terkesima...sangat2...sedih dan pilu..kalau inilah rakan...kalau inilah pemimpin akan datang..bagaimana ingin menjadi contoh...aq sedar diri bukan begitu mulia..namun aq teringin untuk menjadi yang terbaik...

Ya Allah..dihari akhirat kelak.. jgnlah dibabitkan aq dengan perkara yang mereka lakukan.... kerana aq tidak mampu berkata2 tp aq membenci dengan sepenuh hati

Tuesday, November 9, 2010

BUAT INSAN TERCINTA




Kepada adik lelaki tunggal yang tersayang =)....mohd rahimi.

Bukan mudah untuk menjadi seorang lelaki..lebih-lebih lagi seorang lelaki yang penuh amanah dan tanggungjawab dalam kehidupan... seorang lelaki bukan hanya hidup atas kepentingan dirinya sendiri.... dia mempunyai amanah; amanah terhadap ibu bapa, mahram( adik-beradik) dan juga dirinya sendiri. Tetapi bagaimana hendak menjaga amanah yang lain jika amanah diri sendiri tidak dilaksanakan????.....seorang lelaki perlu lengkap ilmu didada...bukan hanya ilmu akhirat, ilmu dunia itu pasti....dunia hari ini memerlukan ilmu untuk Berjaya... Awak sorang jer anak tunggal lelaki dalam family... berat amanah tu... kalau ape2 jadi kat ayah..siapa yang akan jaga family kalau bukan awak sebagai ketua keluarga??? ....

Kita dididik dengan pengetahuan agama yang cukup sejak kecil..tp adakah kite mempraktikkannya dalam dunia hari ini?? Kite tinggalkan persoalan ini untuk renungan diri kite sendiri dan awak gak.. Perlu ingat ...dah berapa tahun Allah beri kita nikmat dalam kehidupan??? Dah berapa tahun kita berada di muka bumi ni??? Ape yang kite dah lakukan untuk diri kite sendiri dan keluarga??? Ape kejayaan yang boleh diberikan pada keluarga??? Ape kebahagiaan yang diri kita dah lakukan untuk ayah dan umi tersenyum gembira?

Fikir... kite bukannye kanak2 lagi untuk selalu bermain dan xberfikir tentang masa depan. Masa berjalan ..dan amat rugi bagi sesiapa yang membazir masa seperti dalam surah Al-Ashr; Ayat 1-3.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Serta menjalankan kebajikan dan menasihati untuk kebenaran dan saling nasihat-manasihati untuk kesabaran”.

Kite semua dah besar. Bile dah besar memang nak buat ape yang kita rasa nak buat. Kadang-kadang kite rasa ape yang kita buat itu adalah terbaik. Itu memang fitrah seorang remaja. Tapi kadang-kadang pandangan orang yang lebih tua dari kita perlu kita ambil kira. Kenapa???..mungkin cara kita berfikir sangat cetek dan keputusan yang kita buat hanya untuk masa itu. Tetapi orang yang lebih tua berfikir jauh kehadapan. Ape yang bakal berlaku; ape yang baik dan buruk....

Kadang-kadang kite rase kite jer betol.Orang lain semua salah. Tapi ingat, Allah jadikan manusia untuk saling melengkapi. Tanpa pandangan orang lain, kita mungkin xkan Berjaya. Jadi hormatilah pandangan org lain.

Awak seorang abang kepada 2 orang adik perempuan. Apa contoh yang awak dah tunjuk pada diorang. Menjadi seorang abang @ kakak bukan atas nama jer.. tapi ia satu tanggungjawab yang besar. Perlu berikan contoh terbaik dari segi percakapan, pergaulan, tingkah laku dan sebagainya. Kerana ape?? Kerana mereka akan mengikuti cara kita. Jadi berikanlah contoh terbaik.

Sebagai lelaki, amanah terhadap pencipta yang paling utama. Macammana nak jd seorg yang Berjaya jika amanah terhadap-Nya x terlaksana. Maka jagalah solat kerana ia tiang agama. Hormat kedua ibu bapa, bukan mudah untuk memelihara seorang anak dari sebesar zarah hingga sekarang. Bukan mudah seorang ibu mengandungkan anak 9 bulan dalam perut dan bukan mudah seorang ayah mencari rezeki untuk menyara keluarga. Hargai semua itu selagi mereka masih ada dimuka bumi. Jangan kita jadi anak yang derhaka yang xtahu mengenang budi. Kita selalu doa moga2 kite semua jadi anak2 yang soleh/solehah dan berguna untuk ayah dan umi satu masa nanti. Ingat!! Allah ciptakan naluri ibu terhadap anak.... kalau anak sakit, menipu, dalam kesusahan... ibu akan dapat merasainya.... jadi jgn igt umi xtahu ape perkara2 yang kita lakukan...kerana umi kan seorang ibu..

Hehe... ape yang kite tulis panjang2 ni?? ....saje..terasa nak bagi nasihat kat diri sendiri n bagi nasihat kat awak..jgn bace jer..ambik masa untuk fikir ape yang kite dah ckp...bukan mudah untuk jadi seorang lelaki... Jadilah seorg lelaki yang taat pada Agama...patuh pada kedua orang tua..menjadi contoh yang terbaik untuk adik beradik...kerana lelaki seorang pemimpin....

K lah..kite nak sambung study....doakan kakak awak yang HOT, COMEL, CANTIK lagi GOJES! Ni dapat yang terbaik dalam exam dier...awak tu study..jgn asik main kereta jer.... doakan untuk keluarga setiap kali solat......

Kalau awak pk study tu susah sampai bile2 awak xkan dapat...kalau awak pk study tu teruk ...awak xkan kemana2 tanpa ilmu. Cube pk...atleast awak masih ade peluang tok belajar..org lain yg teringin nak blaja tp xdapt, pasal xde duit..so bersyukur dan berusaha... Kalau otak kite kata kite boleh...kite tetap boleh.....

Dahla..kite malas nak membebel panjang2.....ikhlas dari kakak awak yang cantik..hahhhahahah